Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM30,000 diluluskan bagi JKKK Kampung Simboh – Willie
  • TEMPATAN

RM30,000 diluluskan bagi JKKK Kampung Simboh – Willie

Utusan Sarawak 2 years ago
KENANGAN… Datuk Willie Mongin bersama para penduduk Kampung Simboh bergambar bersama pada majlis penutupan Sukaneka Gawai Kampung Simboh di Dewan Serbaguna Kampung Simboh di sini, semalam. Foto UKAS 
 

PADAWAN: Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin meluluskan dana sebanyak RM30,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Simboh, semalam.

Menurut Willie, daripada jumlah tersebut, sejumlah RM10,000 akan diberikan dalam bentuk pemberian terus atau ‘Outright Grant’ (OG) untuk kegunaan aktiviti JKKK Kampung Simboh.

Katanya, RM20,000 lagi adalah untuk membaik pulih padang bola sepak di bawah Projek Mesra Rakyat.

“Dengan adanya dana itu, JKKK Kampung Simboh dapat menggunakannya untuk memenuhi keperluan mendesak dalam kampung.

“Penduduk setempat juga akan mempunyai kemudahan yang lebih baik bagi aktiviti sukan dan rekreasi,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Sukaneka Gawai Kampung Simboh di Dewan Serbaguna Kampung Simboh di sini, semalam.

Dalam pada itu, Willie memberitahu, program anjuran Biro Hal Ehwal Belia Kampung Simboh ini amat baik untuk memupuk kerjasama dalam kalangan penduduk kampung terutama belia dalam membendung masalah sosial dan meningkatkan jati diri.

Menurutnya, selain daripada kebaikan fizikal, sukaneka juga merupakan satu kaedah yang efektif dalam membentuk generasi yang sihat, berdaya saing dan berkualiti.

Turut hadir pada majlis itu ialah Penghulu Kawasan Bisitang Dolik Sembong, Ketua Kaum (KK) Kampung Simboh Jinun, KK Kampung Petag Hall, KK Kampung Sitang Joseph Merit, KK Kampung Mambong James Dio dan KK Sikog Takok.

Continue Reading

Previous: Belia menganggur disaran sertai program sukarelawan tentera
Next: Tidak cukup kakitangan bukan alasan tolak pesakit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.