Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • RM3,000 disumbang bagi aktiviti Masjid Darul Hana sempena Ramadan Prihatin
  • SEMASA

RM3,000 disumbang bagi aktiviti Masjid Darul Hana sempena Ramadan Prihatin

Utusan Sarawak 6 hours ago
 MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri (dua kanan), menyampaikan bakul makanan kepada penerima pada Program Ramadan Prihatin di Masjid Darul Hana, Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak, hari ini. Foto Adele Rissa 

BINTAWA: Sebanyak RM3,000 disalurkan bagi menyokong pelaksanaan aktiviti di Masjid Darul Hana, Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak sempena Program Ramadan Prihatin yang berlangsung hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif bersama PETRONAS Sarawak, Yayasan Kebajikan Negara, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Persatuan Keluarga Polis serta Pejabat Parlimen Santubong.

“Program ini menunjukkan bagaimana sektor korporat, agensi kerajaan dan komuniti boleh bekerjasama untuk menyantuni golongan memerlukan. 

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri menyampaikan ucapan pada program Ramadan Prihatin di Masjid Darul Hana, Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak, hari ini. Foto Adele Rissa 

“Ia bukan sahaja tentang pemberian bantuan, tetapi juga tanda penghargaan kepada mereka yang berkhidmat demi negara dan masyarakat,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Beliau berkata, PETRONAS Sarawak turut menyumbangkan 150 bakul makanan bagi meringankan beban isi rumah menjelang perayaan, selain 100 topi keledar motosikal sebagai sebahagian daripada Kempen Keselamatan Jalan Raya.

Nancy menegaskan, program berkenaan turut memberi manfaat kepada 50 anggota Pasukan Polis Marin yang bertugas menjaga keselamatan perairan negara serta 77 penerima asnaf di bawah Zon JAKASEH melibatkan kawasan DUN Pantai Damai.

“Seawal pagi tadi, aktiviti gotong-royong memasak 1,000 bekas bubur lambuk telah dilaksanakan hasil kerjasama YADIM, PETRONAS dan PERKEP. Bubur tersebut diagihkan kepada hadirin dan orang awam sebagai juadah berbuka puasa,” katanya.

Beliau menambah, selepas simbolik penyerahan bakul makanan, pengagihan bubur lambuk diteruskan secara langsung di Stesen Minyak PETRONAS Bintawa Ulu bagi memastikan lebih ramai masyarakat menerima manfaat program ini.

“Niat kami adalah agar program seumpama ini dapat menjadi jambatan mengeratkan hubungan antara wakil rakyat, agensi keselamatan dan masyarakat setempat demi kesejahteraan bersama,” katanya.

Oleh Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Caruman sukarela RM19.2 bilion bukti rakyat ada lebihan pendapatan untuk simpanan
Next: Malaysia Airlines batal penerbangan ke/dari Doha, Jeddah dan Madinah pada 28 Februari-1 Mac 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.