Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM30 juta naik taraf dua laluan utama di Krian diluluskan BDDA
  • Selatan
  • WILAYAH

RM30 juta naik taraf dua laluan utama di Krian diluluskan BDDA

Utusan Sarawak 16 hours ago
Friday Belik menghadiri sesi dialog bersama 83 penduduk yang diadakan di Dewan Pejabat Daerah Saratok, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Krian

SARATOK: Penantian sekian lama penduduk luar bandar Saratok untuk menikmati kemudahan jalan raya yang lebih selesa kini bakal berakhir apabila Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi menaik taraf dua laluan utama di kawasan Krian.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik, dalam satu sesi dialog yang diadakan di Dewan Pejabat Daerah Saratok, hari ini.

Dialog berkenaan membincangkan naik taraf Jalan Babang/Krangan Rusa ke Simpang Pangka serta Jalan Ulu Krian/Nanga Gerenjang/Nanga Batang/Ulu Gerenjang dan Ulu Krian.

“Sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan bagi menaik taraf jalan sepanjang 4.5 kilometer dari Babang ke Simpang Pangka.

“Manakala RM20 juta lagi diluluskan untuk naik taraf jalan sepanjang 10.2 kilometer serta pembinaan jalan baharu sejauh 1.3 kilometer melibatkan laluan ke Ulu Krian dan kawasan sekitar,” katanya.

Seramai 83 penduduk kampung menghadiri sesi dialog tersebut, menzahirkan keterujaan mereka terhadap pengumuman itu.

Friday turut menegaskan bahawa projek ini bakal memberi impak besar kepada kehidupan seharian penduduk dengan kemudahan jalan raya yang lebih baik dan selesa.

“Kemudahan asas seperti jalan raya ini adalah keperluan utama penduduk kampung. Dengan keadaan jalan yang lebih baik, banyak aspek kehidupan mereka akan meningkat termasuk akses kepada pendidikan, kesihatan, serta peluang ekonomi,” ujarnya.

Sesi dialog turut menjadi platform penting bagi perbincangan secara langsung antara penduduk, wakil agensi pembangunan dan pemimpin setempat, sekali gus memastikan suara komuniti diambil kira dalam setiap perancangan dan pelaksanaan pembangunan kawasan.

Turut hadir Pegawai Daerah Saratok, Muhammad Dino Amid, Pegawai Tabdir Menguasa Daerah Kecil Nanga Budu, Hatta Adenan, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Saratok, Sandra Luna, wakil Jabatan Tanah Dan Survei Bahagian Betong, Lecycie Sima, wakil BDDA, Nur Ain Yihie serta tuai-tuai rumah dari kawasan terlibat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 118 warga SK Sungai Pasir sertai latihan keselamatan APM
Next: SJA prihatin nasib rakan media, ziarah Andy Sabang di Hospital Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.