Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • RM30 juta bina Kompleks Sukan Kabong
  • SUKAN

RM30 juta bina Kompleks Sukan Kabong

Utusan Sarawak 10 hours ago

MESYUARAT… Dato Mohd Chee Kadir menghadiri Mesyuarat Projek Kompleks Sukan Kabong bertempat di Stadium Negeri Petra Jaya Kuching, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

PETRA JAYA: Peruntukan berjumlah RM30 juta diperuntukkan untuk membina sebuah Kompleks Sukan di Kabong dibawah sektor Pembangunan Agensi Pembangunan Sosial Bahagian Betong (BDDA).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata Kompleks Sukan Kabong bakal merangkumi pelbagai kemudahan sukan dan prasarana moden seperti astaka yang berkapasiti 300 orang, blok pentadbiran, padang bola sepak berserta sistem saliran bawah tanah.

“Selain itu Kompleks Sukan Kabong juga merangkumi sebuah dewan tertutup serbaguna, trek larian sintetik, gelanggang futsal, kemudahan tempat letak kenderaan, kolam (mengikut spesifikasi Jabatan Pengairan dan Saliran), sistem pencahayaan dan pencawang serta rumah pengawal keselamatan dan pagar keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Mesyuarat Projek Kompleks Sukan Kabong bertempat di Stadium Negeri Petra Jaya Kuching, hari ini.

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perincian terkini serta peringkat akhir penentuan tapak bagi projek Kompleks Sukan Kabong, salah satu projek penting di bawah Sektor Pembangunan Sosial BDDA.

Mesyuarat ini juga bertujuan mengenal pasti skop pelaksanaan yang lebih terperinci bagi memastikan pembangunan Kompleks Sukan Kabong ini dapat dimulakan dengan lancar dan memberi manfaat optimum kepada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong khususnya golongan belia dan masyarakat setempat.

Chee Kadir dalam ucapannya turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, serta menekankan pentingnya projek ini dalam menyokong gaya hidup sihat dan pembangunan modal insan di kawasan luar bandar.

Mesyuarat kali ini turut dihadiri oleh Ketua Bahagian, Pembangunan dan Penyelenggaraan Fasiliti, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Syamsudin Mohamad Ali, Pegawai Tadbir Khas BDDA, Abang Mohamed Abang Turkey, Pegawai Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong, Supritenden Moris Nayup dan wakil pelaksana projek.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Rosman tiada masalah dengan komitmen Pearly – Thinaah
Next: City dikejutkan oleh Al-Hilal, tersingkir daripada Piala Dunia Kelab

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.