Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • RM3 juta bagi projek tanam rumput ‘Purus Frumentum’
  • BISNES

RM3 juta bagi projek tanam rumput ‘Purus Frumentum’

Utusan Sarawak 4 years ago
TERMETERAI… Voon Yuan Kai dan Sabdon Jamahari bertukar perjanjian yang telah ditandatangani bagi projek menanam rumput ‘Purus Frumentum’ secara pajakan di Lubuk Teranggas di Dewan Masyarakat Gedong.

KUCHING: Syarikat Mohammad Safawi Holdings Sdn. Bhd membelanjakan RM3,000,000 bagi projek menanam rumput ‘Purus Frumentum’ secara pajakan di Lubuk Teranggas di Gedong.

Menurut Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Datuk Mohd Naroden Majais, seramai 89 pemilik tanah di Skim Lubuk Teranggas di Gedong menandatangani perjanjian usaha sama dengan syarikat Mohammad Safawi Holdings Sdn. Bhd untuk membangunkan kawasan di Skim Lubuk Teranggas bagi penanaman rumput.

“Dalam perjanjian itu pemilik tanah berkenaan bersetuju tanah mereka digunakan untuk memajukan projek penanaman rumput secara pajakan untuk tempoh 20 tahun.

“Rumput yang dimajukan di kawasan itu adalah untuk makanan binatang ternakan yang dikenali nama saintifiknya, ‘Purus Frumentum’.

Rumput ini apabila dituai, ia bukan sahaja untuk memenuhi permintaan tempatan, bahkan ia juga akan dieksport ke luar negara,” jelasnya dalam ucapan sewaktu menyaksikan acara menandatangani perjanjian usaha sama tersebut.

Perjanjian itu ditanda tangani melalui Jawatanuasa Pemilik Tanah di Skim Lubuk Teranggas yang dipengerusikan Sabdon Jamahari, manakala syarikat Mohammad Safawi Holdings Sdn. Bhd diwakili  Voon Yuan Kai.

Continue Reading

Previous: Projek Tanaman Nanas pacu pertumbuhan ekonomi masyarakat
Next: Pan Borneo punca cetus konflik CMS ?

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.