Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM3.61 juta diperuntuk atasi banjir di Jalan Ling Kai Cheng, siap awal tahun depan
  • WILAYAH

RM3.61 juta diperuntuk atasi banjir di Jalan Ling Kai Cheng, siap awal tahun depan

Utusan Sarawak 14 hours ago
DATUK Michael Tiang Ming Tee merasmikan majlis pelancaran projek penaiktarafan Jalan Ling Kai Cheng hari ini. Foto Tarani Lanting

SIBU: Jalan Ling Kai Cheng akan dinaik taraf dengan kos keseluruhan RM3.61 juta bagi mengatasi masalah banjir yang kerap melanda laluan utama itu dan dijangka siap Januari tahun depan.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata projek itu telah dirancang sejak Februari lalu, namun hanya dapat dimulakan selepas melalui pelbagai prosedur yang ditetapkan.

“Dengan izin Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, sebanyak RM2.5 juta telah diluluskan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Namun setelah meneliti keperluan sebenar, kos tersebut tidak mencukupi.

“Saya menambah RM1.11 juta daripada dana Projek Transformasi Luar Bandar (RTP), menjadikan jumlah keseluruhan projek ini sebanyak RM3.61 juta,” katanya kepada pemberita semasa melancarkan projek berkenaan di hadapan Stesen Shell di jalan berkenaan, hari ini.

Beliau berkata projek itu melibatkan penaiktarafan sepanjang satu kilometer jalan dengan ketinggian dinaikkan 75 sentimeter di kedua-dua hala.

Menurutnya, penaiktarafan itu penting berikutan banjir besar yang berlaku pada awal tahun ini menyebabkan laluan berkenaan lumpuh sehingga menjejaskan penduduk di Pelawan, Nangka, Bawang Assan serta kawasan utara bandar Sibu.

“Siapnya projek ini nanti, kita berharap jalan ini tidak lagi terdedah kepada banjir, khususnya ketika musim monsun,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan reka bentuk projek itu mengambil kira sistem saliran yang baik, sekali gus menepis kebimbangan penduduk bahawa aras jalan yang dinaikkan akan menyebabkan air bertakung di kawasan perumahan berdekatan.

Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada Majlis Perbandaran Sibu (MPS) yang membantu mempercepatkan urusan prosedur serta kontraktor yang dilantik.

Katanya, pasukannya akan terus memantau projek itu agar ia siap mengikut jadual.

“Sepanjang tempoh pembinaan, MPS bersama anggota bertugas akan membantu mengawal lalu lintas. Memang akan ada sedikit kesulitan, tetapi saya mohon semua pengguna jalan raya bersabar kerana kerja ini demi kebaikan bersama,” katanya.

Beliau percaya projek yang bermula hari ini akan memberi manfaat besar kepada penduduk Sibu dan menjadi penyelesaian kepada masalah banjir di laluan strategik itu.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 14 KRT Subis bersatu jayakan Kempen Jalur Gemilang penuh semangat
Next: Gangguan air berjadual di Daerah Subis 28 Ogos ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.