Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM3.5 juta bangun kilang proses beras di DUN Kalaka
  • Selatan
  • WILAYAH

RM3.5 juta bangun kilang proses beras di DUN Kalaka

Utusan Sarawak 2 months ago
MOHAMAD Duri semasa bergambar bersama petani yang berada di sawah padi Kampung Kaba, semalam. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Kilang memproses beras bernilai RM3.5 juta akan dibangunkan di Skim Padi Kampung Kaba di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata projek tersebut yang dibangunkan di bawah seliaan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) bersama Jabatan Pertanian Sarawak dijangka akan dilaksanakan selepas melalui proses reka bentuk serta ditender oleh agensi pelaksana.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak RM2 juta untuk pembinaan kilang dan RM1.5 juta untuk penambahbaikan bekalan air, penyambungan bekalan elektrik 11 kilovolt (KV) serta pengubah elektrik, jalan raya dan lain-lain.

“Pembinaan kilang memproses beras tersebut adalah bagi mengangkat kembali Kampung Kaba salah satu jelapang padi di negeri ini, selain menarik lebih ramai masyarakat setempat kembali mengusahakan tanaman padi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melakukan tinjauan projek naik taraf jalan, naik taraf kawasan ruai Rumah Siti Belanda dan pemasangan pembetung untuk ke kawasan tanaman padi di Kampung Kaba, semalam.

MOHAMAD Duri melihat sendiri padi yang ditanam di sawah padi Kampung Kaba, semalam. Foto ADUN Kalaka

Mohamad Duri berkata sekarang rakyat di negeri ini telah melihat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sedang dalam usaha mengangkat hab penanaman padi yang kini menjadi fokus utama seperti yang telahpun dilaksanakan secara moden di Gedong, yang mana hasilnya berlipat kali ganda selain menjimatkan masa dan tenaga.

Katanya selain hab penanaman padi moden, Gedong juga bakal mempunyai jalan raya moden yang menghubungkan daerah itu bermula dari Isthmus Gedong menuju ke beberapa kawasan berdekatan.

“Sarawak kini giat mendidik petaninya untuk beralih daripada kaedah tradisional ke kaedah baharu dalam penanaman padi yang menggunakan mesin dan teknologi moden.

“Ia adalah usaha untuk memastikan keterjaminan bekalan makanan ruji tersebut menjelang 2030,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Seni jahitan Burie mampu dikembangkan sebagai produk pelancongan
Next: Warga emas dikhuatiri lemas di Sungai Kanowit, operasi SAR ditangguh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.