Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peruntukan RM291 juta projek infrastruktur air di Lundu, atasi krisis air
  • WILAYAH

Peruntukan RM291 juta projek infrastruktur air di Lundu, atasi krisis air

Utusan Sarawak 16 hours ago
MENTERI Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi semasa lawatan ke Loji Rawatan Air Sematan hari ini. Foto UKAS

LUNDU: Kerajaan Sarawak meluluskan beberapa projek infrastruktur air dengan kos keseluruhan melebihi RM291 juta bagi meningkatkan bekalan air bersih dan mengatasi masalah tekanan air rendah di Daerah Lundu dan kawasan sekitarnya.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata antara projek utama ialah pembinaan loji rawatan air baharu berkapasiti 20 juta liter sehari (MLD) dengan anggaran kos RM130 juta yang kini dalam proses melantik kontraktor.

Paling penting jelasnya, satu sistem grid paip berbagai saiz, 164 kilometer (km) merentasi Daerah Lundu termasuk daerah kecil Sematan dengan kos anggaran sebanyak RM150 juta.

“Apabila projek ini (sistem grid) siap kelak, ia akan membentuk satu sistem bekalan air di Daerah Lundu serta membangunkan satu sistem grid air di kawasan tersebut yang kemudiannya akan disambungkan kepada sistem grid sedia ada di Bau dalam Bahagian Kuching.

“Ini bermakna kita akan mewujudkan sumber bekalan air di Bahagian Kuching yang bukan sahaja melibatkan bekalan air sedia ada di Daerah Lundu tetapi juga akan mendapat bekalan air daripada Batu Kitang sekali gus membentuk sistem grid di Bahagian Kuching yang juga menjadi sebahagian sistem grid untuk Wilayah Selatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa lawatan ke Loji Rawatan Air Sematan hari ini.

MENTERI Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi semasa lawatan ke Loji Rawatan Air Sematan hari ini. Foto UKAS
 

Selain itu, beliau berkata Loji Rawatan Air Sematan yang telah siap membekalkan kapasiti 4.3 liter juta air sehari untuk kawasan di daerah kecil Sematan di samping beberapa loji kecil yang mampu membekalkan sekitar 10 juta liter air sehari.

Jelasnya, Daerah Lundu telah mempunyai bekalan air namun loji baharu ini diperlukan untuk memastikan sistem bekalan air lebih stabil.

Beliau turut memaklumkan terdapat peruntukan RM129 juta daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang juga melibatkan projek berkaitan air namun projek tersebut kini ditender semula.

“Kita berharap projek ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat kerana ia akan menjadi sebahagian daripada sistem grid kita di Daerah Lundu khususnya,” ujarnya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang, ADUN Tanjung Datu Azizul Annuar Adenan.

-UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: DUBS Sri Aman fokus perkukuh peranan dan aset organisasi
Next: 16 pesilat muda dipilih wakili Limbang ke peringkat tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.