Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM290,000 disalur jayakan ibadah korban di DUN Kabong tahun ini
  • Tengah
  • WILAYAH

RM290,000 disalur jayakan ibadah korban di DUN Kabong tahun ini

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir bersama isteri, Datin Meryani Yassin menghadiri majlis persandingan pasangan pengantin baharu, Nur Syahirah Jarawi dan Muhammad Khairul Aizat Suhari di Kampung Metang Desa, pagi tadi. Foto: ADUN Kabong.

KABONG: Sebanyak RM290,000 diperuntukkan bagi membantu pelaksanaan program ibadah korban, aktiviti keagamaan dan kebajikan masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, sumbangan tersebut merupakan komitmen berterusan beliau dalam memastikan masyarakat Islam di kawasan itu dapat melaksanakan ibadah korban dengan lebih lancar dan teratur.

Menurut beliau, bantuan berkenaan turut disalurkan kepada masjid serta pertubuhan tempatan bagi memperkukuh aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan rakyat setempat.

DATO Mohd Chee Kadir bersama isteri, Datin Meryani Yassin menghadiri majlis persandingan pasangan pengantin baharu, Nur Syahirah Jarawi dan Muhammad Khairul Aizat Suhari di Kampung Metang Desa, pagi tadi. Foto: ADUN Kabong.

“Peruntukan ini diharap dapat membantu melancarkan pelaksanaan ibadah korban selain mengeratkan semangat ukhuwah dan budaya gotong-royong dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis persandingan pasangan pengantin baharu, Nur Syahirah Jarawi dan Muhammad Khairul Aizat Suhari di Kampung Metang Desa, pagi tadi.

Antara penerima sumbangan tersebut ialah Masjid Assabirin Kabong yang menerima RM50,000, manakala Masjid Assasul Islam Alit, Masjid Arrahim Gerigat, Masjid Tok Amal Nyabor, Masjid Arrahman Sessang dan Masjid Lebai Mat Emplam masing-masing menerima RM30,000.

Selain institusi masjid, beberapa pertubuhan tempatan turut menerima bantuan termasuk Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kabong (LAKIK), Persatuan Pesara Kabong (PEKA) dan Persatuan Anak Kabong (PAK) yang masing-masing menerima RM30,000.

Chee Kadir berkata, sumbangan berkenaan bukan sahaja bertujuan membantu urusan korban, malah bagi memastikan pelbagai program keagamaan dan kebajikan masyarakat dapat diteruskan sepanjang tahun.

Beliau turut berharap bantuan yang disalurkan itu dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh semua penerima demi kesejahteraan komuniti di kawasan Kabong.

Katanya lagi, semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat perlu terus diperkukuhkan terutama ketika sambutan Aidiladha yang sinonim dengan nilai pengorbanan dan keprihatinan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Naik taraf parit Rumah Plunga Atas Roban hadiah bermakna menjelang Gawai Dayak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.