Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM27.4 juta bangunkan sektor pelancongan DUN Kabong
  • TEMPATAN

RM27.4 juta bangunkan sektor pelancongan DUN Kabong

Utusan Sarawak 2 days ago
ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Sektor Pelancongan dan Persekitaran BDDA Bil. 2/2025 di Bangunan Baitulmakmur II, Medan Raya, Petra Jaya, hari ini. Foto ADUN Kabong

PETRA JAYA: Sebanyak 11 projek telah dirancang di bawah Jawatankuasa Sektor Pelancongan dan Persekitaran Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) secara keseluruhan. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata daripada jumlah tersebut, tiga projek akan dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong dengan anggaran kos keseluruhan berjumlah RM27.4 juta yang kini berada dalam peringkat perancangan.

“Antara tiga projek utama yang dirancang untuk dilaksanakan bagi kawasan DUN Kabong iaitu projek naik taraf fasiliti di Pantai Tanjung Kembang berjumlah RM10 juta, cadangan pembinaan medan selera dan inap desa di Pantai Tanjung Kembang berjumlah RM15.9 juta dan naik taraf prasarana di Tebingan Sungai Seblak berjumlah RM1.5 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Sektor Pelancongan dan Persekitaran BDDA Bil. 2/2025 di Bangunan Baitulmakmur II, Medan Raya, Petra Jaya, hari ini.

Mesyuarat ini bertujuan membincangkan perkembangan serta perancangan projek-projek di bawah sektor pelancongan dan persekitaran BDDA.

Dalam mesyuarat tersebut, Chee Kadir turut menegaskan agar semua agensi berkaitan memastikan projek-projek yang dirancang dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan agar manfaatnya dapat dinikmati rakyat secepat mungkin.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu, ADUN Beting Maro, Razaili Gapor, Pegawai Tadbir Khas BDDA, Abang Mohamed Abang Turkey dan agensi berkaitan.

Oleh Adin Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Syor perjalanan rombongan pelajar universiti hanya pada waktu siang
Next: Usahawan berjaya perlukan komitmen, disiplin tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.