Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM250,000 naik taraf dataran ilmu, kemudahan di SK Abang Abdul Rahman
  • Tengah
  • WILAYAH

RM250,000 naik taraf dataran ilmu, kemudahan di SK Abang Abdul Rahman

Utusan Sarawak 3 days ago
 MOHAMAD Duri hadir bagi menyempurnakan majlis serah tapak projek naik taraf Dataran Ilmu dan kerja-kerja berkaitan di sekolah berkenaan. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Dataran Ilmu dan kemudahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Abdul Rahman akan dinaik taraf dengan peruntukan RM250,000 di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi meningkatkan keselesaan murid dan warga sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri telah hadir bersama wakil agensi pelaksana projek, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Betong, bagi menyempurnakan majlis serah tapak projek naik taraf Dataran Ilmu dan kerja-kerja berkaitan di sekolah berkenaan.

Menurut beliau, kerja-kerja menaik taraf ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat oleh kontraktor yang telah dilantik melalui proses cabut undi yang dijalankan oleh Pejabat Residen Bahagian Betong.

“Sekolah ini yang telah berusia lebih 101 tahun sememangnya memerlukan kerja-kerja naik taraf kerana sebahagian infrastrukturnya sudah uzur dan tidak lagi sesuai dengan keperluan semasa,” katanya.

Tambah beliau, pelaksanaan projek ini bukan sahaja akan memberi kemudahan yang lebih baik kepada pelajar, tetapi juga mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan selamat.

“Kerajaan negeri sentiasa menekankan kepentingan pembangunan pendidikan luar bandar agar tidak berlaku jurang kemudahan antara sekolah di bandar dan luar bandar,” ujarnya lagi.

Mohamad Duri menambah, projek RTP ini sekali gus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memperkukuh infrastruktur pendidikan luar bandar demi kesejahteraan rakyat dan masa depan generasi muda.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi, Guru Besar SK Abang Abdul Rahman, Mahrup Engga, wakil kontraktor pelaksana, serta pegawai daripada JPS Bahagian Betong

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi berhampiran Empangan Batang Ai
Next: SAR warga emas OKU masuk hari kelima, tiada petunjuk baharu ditemui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.