Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM234,000 disalurkan kepada 15 PIBG dan persatuan di Parlimen Sri Aman
  • Selatan
  • WILAYAH

RM234,000 disalurkan kepada 15 PIBG dan persatuan di Parlimen Sri Aman

Utusan Sarawak 15 hours ago
MAJLIS penyerahan cek peruntukan khas yang berlangsung di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman dekat sini hari ini. Foto: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

SIMANGGANG: Ahli Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie telah menyerahkan cek daripada peruntukan khas beliau berjumlah RM234,000 kepada 15 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta persatuan, dalam satu majlis ringkas yang diadakan hari ini.

Majlis penyerahan tersebut berlangsung di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman dan dihadiri wakil-wakil penerima daripada sekolah serta pertubuhan yang terlibat.

Menurut Doris, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan beliau dalam menyokong pembangunan pendidikan dan memperkukuh peranan komuniti setempat.

MAJLIS penyerahan cek peruntukan khas yang berlangsung di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman dekat sini hari ini. Foto: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

Beliau berkata, PIBG memainkan peranan penting sebagai jambatan antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam memastikan kecemerlangan pendidikan anak-anak.

“Peruntukan ini diharap dapat membantu meringankan beban pihak sekolah dalam melaksanakan pelbagai program akademik dan kokurikulum,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan kerjasama erat antara masyarakat dan institusi pendidikan dalam melahirkan generasi yang berdaya saing.

Katanya, bantuan yang disalurkan juga membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan pembangunan pendidikan di kawasan luar bandar tidak terpinggir.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Majlis berbuka puasa Kampung Kaba eratkan silaturahim, santuni asnaf
Next: Rancang perjalanan elak kesesakan menjelang Hari Raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.