Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM231 juta naik taraf jajaran Durin-Salim, atasi jalan tidak rata
  • Tengah
  • WILAYAH

RM231 juta naik taraf jajaran Durin-Salim, atasi jalan tidak rata

Utusan Sarawak 9 hours ago
 MENTERI Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

SIBU: Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan sebanyak RM231 juta bagi menaik taraf jajaran Long Stretch (Durin–Salim) di KM28 Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Sibu Jaya susulan rungutan orang awam berhubung keadaan jalan yang tidak rata dan berisiko kepada keselamatan pengguna.

Menterinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau memandang serius aduan tersebut dan telah turun padang bersama pasukan Pan Borneo Sarawak serta pegawai kementerian untuk meninjau sendiri keadaan di lokasi terlibat sebelum ini.

“Tinjauan ini penting bagi membolehkan penilaian dibuat secara langsung, khususnya melibatkan tahap ketidakrataan permukaan jalan serta keperluan tindakan susulan yang lebih menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, jajaran berkenaan telah dikenal pasti untuk pelaksanaan kerja menaik taraf secara komprehensif, melibatkan pembaikan struktur turapan serta penambahbaikan berkaitan.

“Bagi tujuan ini, sebanyak RM231 juta telah diperuntukkan pada tahun ini untuk memastikan kerja-kerja menaik taraf dapat dilaksanakan dengan berkesan,” jelasnya.

Tambah beliau, ketika ini proses penilaian teknikal dan penyelarasan pelaksanaan sedang giat dilakukan sebelum kerja fizikal dimulakan.

“Pendekatan ini penting bagi memastikan penyelesaian yang dilaksanakan benar-benar komprehensif, mampan serta berupaya menangani isu mendapan dan ketidakrataan jalan secara berkesan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, kerja-kerja penyelenggaraan interim akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan kebolehlaluan jalan sentiasa terpelihara sementara menunggu pelaksanaan projek menaik taraf sepenuhnya.

Beliau menegaskan, kementerian komited untuk mempercepatkan pelaksanaan inisiatif tersebut serta akan terus memantau perkembangan semasa demi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya sentiasa menjadi keutamaan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sokongan moral dan dorongan ibu bapa membentuk keyakinan dan kejayaan murid
Next: SKF terima lima mesin dialisis baharu bernilai RM250,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.