Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM200,000 untuk naik taraf penghawa dingin Hospital Limbang
  • Utara
  • WILAYAH

RM200,000 untuk naik taraf penghawa dingin Hospital Limbang

Utusan Sarawak 3 hours ago
SUASANA RAYA…Dr Abdul Rahman memeriahkan Majlis Ramah Aidilfitri Kampung Meritam. 

LIMBANG: Prasarana kesihatan khususnya sistem penghawa dingin di wad Hospital Limbang akan dinaik taraf bagi menyediakan persekitaran lebih kondusif kepada pesakit melalui peruntukan RM200,000 daripada kerajaan Persekutuan.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, peruntukan itu amat diperlukan memandangkan terdapat beberapa kemudahan di hospital berkenaan yang sudah usang dan daif.

SUASANA RAYA…Dr Abdul Rahman memeriahkan Majlis Ramah Aidilfitri Kampung Meritam. 

“Saya telah memohon peruntukan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof ketika beliau berkunjung ke Limbang baru-baru ini.

“Beliau bersetuju meluluskan RM200,000 bagi menaik taraf kemudahan penghawa dingin di Hospital Limbang yang kini dalam keadaan uzur, dengan peralatan yang lama dan rosak,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Aidilfitri Kampung Meritam, malam tadi.

Permohonan tersebut selaras dengan usaha menjadikan Hospital Limbang sebagai hospital berpakar yang telah diluluskan, sekali gus berfungsi sebagai pusat rujukan bagi Bahagian Limbang, Lawas dan kawasan sekitarnya tanpa perlu dirujuk ke Miri.

SUASANA RAYA…Dr Abdul Rahman memeriahkan Majlis Ramah Aidilfitri Kampung Meritam. 

Ketika ini, ramai pesakit terpaksa dirujuk ke hospital lain berikutan kekurangan prasarana dan tenaga perubatan.

Sehubungan itu, beliau berkata pembinaan hospital berpakar baharu amat diperlukan bagi memastikan rakyat di utara Sarawak mendapat kemudahan kesihatan dan rawatan perubatan yang lebih baik.

Turut hadir, Pengerusi Bersama majlis, Emran Ahmad serta Ketua Kampung Meritam, Mahmud Gampal.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM80 juta untuk melaksanakan 50 projek pembinaan jambatan di kawasan Mulu dan Telang Usan
Next: Awang Tengah ziarah keluarga Allahyarham Samail Kassim di Kampung Dato

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.