Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM200,000 naik taraf taman rekreasi Piasau Jaya
  • Utara
  • WILAYAH

RM200,000 naik taraf taman rekreasi Piasau Jaya

Utusan Sarawak 11 hours ago
TINJAU….Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri merangkap ADUN Pujut, Adam Yii Siew Sang semasa meninjau ke taman rekreasi di Jalan Mawar, Piasau Jaya di Miri, bakal dinaik taraf.

MIRI: Taman rekreasi komuniti di Jalan Mawar, Piasau Jaya di sini bakal dinaik taraf dengan peruntukan RM200,000 di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi menjadikannya lebih selamat dan mesra semua lapisan masyarakat.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri merangkap ADUN Pujut, Adam Yii Siew Sang berkata, projek itu memberi tumpuan kepada naik taraf gelanggang bola keranjang serta penambahbaikan taman permainan kanak-kanak.

Menurutnya, sebanyak RM100,000 diperuntukkan bagi membaik pulih gelanggang bola keranjang termasuk pemasangan pagar, pembaikan permukaan serta struktur selain menjadikannya kemudahan sukan pelbagai guna.

TINJAU….Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri merangkap ADUN Pujut, Adam Yii Siew Sang semasa meninjau ke taman rekreasi di Jalan Mawar, Piasau Jaya di Miri, bakal dinaik taraf.

“Gelanggang ini turut akan dilengkapi elemen pickleball supaya dapat digunakan oleh pelbagai peringkat umur,” katanya selepas meninjau tapak taman rekreasi tersebut hari ini.

Adam Yii  berkata, baki RM100,000 lagi digunakan untuk menaik taraf taman permainan bersebelahan termasuk kerja meratakan tanah, pemasangan bangku konkrit serta penyediaan kemudahan baharu seperti jongkang-jongket dan buaian.

Katanya, projek berkenaan dijangka bermula tahun ini dengan matlamat menjadikan kawasan itu sebagai ruang komuniti pelbagai generasi untuk aktiviti riadah, sukan dan kekeluargaan.

“Pembangunan di kawasan Pujut memerlukan usaha berterusan dan saya komited untuk terus meningkatkan kemudahan infrastruktur demi kesejahteraan penduduk,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Isu bekalan air bersih Saribas diberi perhatian, ADUN Saribas janji pantau secara langsung
Next: Masjid perlu diperkasa sebagai pusat penyatuan ummah – ADUN Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.