Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM20,000 diperuntukkan untuk Gereja St Gerard Sekuau di Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

RM20,000 diperuntukkan untuk Gereja St Gerard Sekuau di Sibu

Utusan Sarawak 6 hours ago
PENYAMPAIAN HADIAH… Gira menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang cabutan bertuah pada majlis makan malam Jubli Emas sempena ulang tahun ke-50 penubuhan Gereja St Gerard Sekuau di The Gathering Restaurant, baru-baru ini. Foto DUN N. 59 Tamin

SIBU: Sebanyak RM20,000 diperuntukkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang kepada Gereja St Gerard Sekuau bagi menyokong pembangunan serta kelangsungan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan gereja berkenaan.

Gira berkata, peruntukan tersebut disalurkan menerusi Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebagai komitmen berterusan beliau dalam memastikan rumah ibadat di kawasan DUN Tamin terus berfungsi dengan baik demi kesejahteraan komuniti setempat.

Menurutnya, jumlah penganut Kristian Roman Catholic (RC) di kawasan Selangau kini dianggarkan seramai 10,000 orang, sekali gus memperlihatkan peranan penting institusi gereja dalam pembangunan rohani dan sosial masyarakat.

“Sehubungan itu, saya akan terus menyokong pembangunan rumah ibadat di DUN Tamin tanpa mengira agama, selaras dengan prinsip keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam Jubli Emas sempena ulang tahun ke-50 penubuhan Gereja St Gerard Sekuau di The Gathering Restaurant, baru-baru ini.

Dalam ucapannya, Gira turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengasas gereja tersebut, mendiang Gerard Balang, yang telah menubuhkan Gereja St Gerard Sekuau pada 1975.

Katanya, gereja berkenaan bukan sahaja berfungsi sebagai pusat ibadah, malah menjadi institusi penting dalam membentuk nilai kerohanian serta memperkukuh hubungan sosial dalam kalangan masyarakat Katolik di kawasan Selangau dan sekitarnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) Sarawak atas peranan aktif dan sumbangan berterusan dalam membantu pembangunan serta penyelenggaraan rumah ibadat pelbagai agama di negeri ini melalui kerjasama erat dengan wakil rakyat.

Selain itu, Gira menegaskan kesediaan beliau untuk terus menyediakan surat sokongan rasmi kepada UNIFOR bagi membantu mana-mana rumah ibadat di DUN Tamin yang memerlukan bantuan kewangan atau penambahbaikan kemudahan.

Pada majlis sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada para Father dan Sister atas usaha mereka memeriahkan sambutan nyanyian lagu Krismas di kawasan setempat yang disifatkan sebagai lambang keharmonian, toleransi dan semangat perpaduan masyarakat.

Gira turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baharu 2026 kepada seluruh penduduk DUN Tamin, sambil berharap semangat perpaduan, toleransi dan saling menghormati antara penganut agama terus diperkukuhkan demi kesejahteraan bersama.

Turut hadir Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta; Rev Fr Michael Mandagiri; Father George Omuto; Pengerusi Gereja St Gerard Sekuau, EJoseph Serang Inang; Penghulu Kawasan Sekuau, Penghulu Andrewson Ngalai; para kaunselor, ketua-ketua agama tempatan serta penganut Kristian Roman Katolik (RC).

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Kalaka komited bantu insan istimewa miliki kediaman lebih selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.