Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM20 juta disalur kepada 126 sekolah mubaligh di Sarawak
  • TEMPATAN

RM20 juta disalur kepada 126 sekolah mubaligh di Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
 DATUK Amar Douglas Uggah Embas semasa melakukan dalam satu majlis ringkas penyerahan cek di Pejabat Timbalan Premier, Wisma Bapa Malaysia, hari ini. Foto DUN Bukit Saban

KUCHING: Sebanyak 155 cek berjumlah keseluruhan RM20 juta diserahkan kepada Penasihat Mission Authority bagi manfaat 126 sekolah mubaligh di seluruh Sarawak, di bawah Bantuan Dana Sekolah Mubaligh 2025.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang juga Menteri bertanggungjawab ke atas Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), dalam satu majlis ringkas di Pejabat Timbalan Premier, Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Uggah berkata, penyaluran dana berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa dengan kerjasama rapat antara UNIFOR dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak bagi menilai setiap permohonan secara terperinci.

“Proses penilaian ini penting bagi memastikan peruntukan disalurkan secara berhemah dan berasaskan keperluan sebenar sekolah,” katanya.

Menurutnya, pendekatan tersebut turut memastikan anggaran kos projek adalah munasabah serta menjamin ketelusan dan keberkesanan penggunaan dana kerajaan negeri.

Uggah menegaskan bahawa kerajaan Sarawak komited meneruskan bantuan kepada sekolah mubaligh memandangkan peranan besar institusi itu dalam menyediakan pendidikan dan pembangunan sosial, termasuk di kawasan luar bandar.

Peruntukan tersebut membolehkan, sekolah-sekolah terbabit dijangka dapat melaksanakan kerja pembaikan, penyelenggaraan dan penambahbaikan infrastruktur bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan kondusif.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak teliti keadaan projek, tentukan keutamaan Sungai Asap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.