Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM2 juta kos operasi, SM Wong Nai Siong galak komuniti beri sokongan
  • Tengah
  • WILAYAH

RM2 juta kos operasi, SM Wong Nai Siong galak komuniti beri sokongan

Utusan Sarawak 5 days ago
 LARIAN AMAL…(dari kiri) Hieng Wuong, Lau, Chieng dan Yiing melakukan upacara pelepasan peserta Larian Amal Ulang Tahun SM Wong Nai Siong ke-58, hari ini.

SIBU: Kos operasi mencecah hampir RM2 juta setahun menjadikan sokongan berterusan masyarakat Cina amat penting bagi memastikan Sekolah Menengah (SM) Wong Nai Siong terus berdaya maju dan berkembang.

Pengerusi Lembaga Pengarah SM Wong Nai Siong, Temenggung Dato Vincent Lau berkata, semangat perpaduan, kesungguhan dan keberanian menghadapi cabaran menjadi kunci utama dalam memastikan masa depan pendidikan Cina terus bersinar.

Menurut beliau, pihak sekolah sentiasa berusaha menambah baik kemudahan prasarana dan mutu pengajaran, di samping menitikberatkan pembangunan sahsiah serta keperibadian pelajar secara menyeluruh.

“Setiap tahun, kos operasi sekolah mencecah hampir RM2 juta. Walaupun terdapat kutipan yuran pelajar serta sumbangan daripada Lembaga Pengarah, Persatuan Alumni dan masyarakat setempat, jumlah itu masih belum mencukupi,” katanya ketika berucap merasmikan Larian Amal Ulang Tahun SM Wong Nai Siong ke-58, hari ini.

Beliau turut menghargai komitmen kerajaan Sarawak yang sejak 2014 menyalurkan peruntukan tahunan kepada 14 sekolah menengah persendirian Cina di negeri ini.

“Namun, bagi menangani kekangan kewangan secara berterusan, sokongan padu daripada seluruh masyarakat Cina tetap amat diperlukan,” ujarnya,

Lau memberitahu, dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan yang penuh persaingan ini, para pelajar bukan sahaja perlu menguasai ilmu dan kemahiran inovatif, tetapi juga memiliki keperibadian yang baik serta jasmani yang sihat.

Katanya, pendidikan di sekolah menengah persendirian Cina sentiasa menekankan keseimbangan dalam enam aspek moral, intelek, jasmani, sosial, estetika dan kerja.

“Sukan merupakan salah satu elemen penting dalam pembangunan pelajar secara menyeluruh. Melalui sukan, pelajar dapat memupuk ketabahan, disiplin diri dan semangat berpasukan. Ia juga mengajar mereka untuk menghadapi cabaran dan berani melangkaui batas diri sendiri,” katanya.

Tambahnya, larian amal ini bukan sekadar pertandingan ketahanan fizikal dan kelajuan, tetapi juga satu latihan untuk menguji semangat dan keazaman diri

“Saya berharap setiap peserta dapat berlari dengan penuh semangat dan keazaman, serta merasai erti sebenar ketabahan dan pencapaian diri melalui acara ini.

“Marilah kita jadikan larian amal ini sebagai satu titik permulaan untuk memperkukuh tubuh badan, mengasah keteguhan semangat, dan melangkah ke masa depan dengan jiwa yang pantang menyerah,” ujarnya.

Acara larian amal tersebut telah disertai oleh hampir seramai 1,000 peserta.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah SM Wong Nai Siong, Dato Chieng Buong Toon, naib pengerusi Penghulu Lau Hieng Wuong dan Penghulu Ting Hua Kuok, Pengerusi Persatuan Alumni SM Wong Nai Siong yang juga pengerusi penganjur larian amal, Kaunselor Yiing Sy Huat.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Sumbangan Pertubuhan Pembangunan Moral Teck Chiao Che Lee Khor ringankan beban penduduk
Next: SABERKAS Meradong santuni warga emas, keluarga kurang berkemampuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.