Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM2.65 juta bantuan kebajikan setakat Februari manfaatkan 5,820 penerima di Sri Aman
  • WILAYAH

RM2.65 juta bantuan kebajikan setakat Februari manfaatkan 5,820 penerima di Sri Aman

Utusan Sarawak 4 hours ago
ADUN Lingga, Dayang Noorazah menyampaikan sumbangan seramai 100 klien JKM menerima simbolik serahan hamper Hari Raya bernilai RM80 dan wang tunai RM100. Foto Adi Safarman

SIMANGGANG: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh sistem sokongan sosial kepada rakyat apabila agihan bantuan kebajikan bulanan di Bahagian Sri Aman setakat Februari tahun ini mencecah RM2.65 juta sebulan yang memberi manfaat kepada seramai 5,820 penerima.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata jumlah tersebut membuktikan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela, khususnya golongan memerlukan di peringkat akar umbi.

Menurut beliau, bantuan yang disalurkan melalui pelbagai skim kebajikan itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM2,658,600 sebulan dan merangkumi pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, keluarga berpendapatan rendah, orang kurang upaya (OKU), pesakit terlantar serta warga emas.

ADUN Lingga, Dayang Noorazah menyampaikan sumbangan seramai 100 klien JKM menerima simbolik serahan hamper Hari Raya bernilai RM80 dan wang tunai RM100. Foto Adi Safarman

Daripada jumlah keseluruhan tersebut, seramai 3,852 penerima bantuan bulanan berada di Daerah Sri Aman dan Lingga dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1,774,700 setiap bulan. Selain itu, seramai 806 penerima bantuan adalah dari kawasan Parlimen Batang Lupar.

Bagi pecahan di daerah tersebut, seramai 344 penerima terdiri daripada kaum Melayu dengan jumlah peruntukan sebanyak RM156,750 sebulan.

Dayang Noorazah berkata statistik itu jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan Sarawak dalam memastikan tiada golongan masyarakat yang terpinggir daripada menikmati kemudahan serta sistem sokongan sosial yang disediakan melalui agensi kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sejambak Kasih Hari Raya Peringkat Bahagian Sri Aman yang diadakan di sini, hari ini.

ADUN Lingga, Dayang Noorazah menyampaikan sumbangan seramai 100 klien JKM menerima simbolik serahan hamper Hari Raya bernilai RM80 dan wang tunai RM100. Foto Adi Safarman

Menurutnya, Majlis Sejambak Kasih merupakan program ‘signature’ yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak dan dilaksanakan di semua bahagian di seluruh Sarawak sebagai platform menyampaikan sumbangan kepada klien jabatan.

Pada majlis tersebut, seramai 100 klien jabatan menerima simbolik serahan hamper Hari Raya Aidilfitri bernilai RM80 dan wang tunai RM100, manakala penerima lain yang tidak hadir akan menerima bantuan yang dikreditkan terus ke akaun masing-masing.

Tambah beliau, pelaksanaan program tersebut juga selari dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang menjadi pelan hala tuju pembangunan sosioekonomi Sarawak ke arah mencapai status negeri maju menjelang 2030.

Dayang Noorazah berharap sumbangan yang diberikan dapat digunakan secara berhemah oleh penerima terutama dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya serta membantu meringankan beban kewangan keluarga.

Dalam masa sama, beliau turut menggesa masyarakat, ketua kaum, ketua masyarakat serta agensi rakan strategik untuk terus memberi sokongan terhadap program kebajikan seumpama itu agar usaha memastikan kesejahteraan rakyat dapat diteruskan tanpa mengira umur, agama, bangsa dan status.

Turut hadir ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman, Sharifah Mordiah Syed Ali; Timbalan Residen Bahagian Sri Aman, Charlie Keling; Pegawai Daerah Sri Aman, Shariff Bujang serta Temenggung Mohd Shah Achang.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Safari Ramadan PPD Sri Aman semarak ukhuwah warga pendidikan
Next: Ops Siaga Raya Bomba Zon 2 Sarawak dilancar, tingkat kesedaran keselamatan kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.