Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM190,000 untuk gelanggang bola keranjang berbumbung di Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

RM190,000 untuk gelanggang bola keranjang berbumbung di Sarikei

Utusan Sarawak 10 hours ago
KUNJUNGAN HORMAT... Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menerima kunjungan hormat dari Kelab Bola Keranjang Repok.

SARIKEI: Sebanyak RM190,000 diperuntukkan untuk pembinaan gelanggang bola keranjang berbumbung di Jalan Meranti, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Katanya, peruntukan tersebut disalurkan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025 sebagai komitmen berterusan terhadap pembangunan sukan dan kemudahan belia di kawasan luar bandar.

“Sukan bola keranjang bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah memperkukuh perpaduan komuniti dan semangat kesukanan dalam kalangan generasi muda. 

“Gelanggang berbumbung yang akan dibina itu mampu memberi keselesaan kepada pemain serta peminat sukan, selain menjadi platform pembangunan bakat tempatan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Kelab Bola Keranjang Repok, Hii Kah Hock dan ahli jawatankuasa kelab tersebut di Pusat Khidmat Repok, baru-baru ini. 

Tiong Sii turut menzahirkan penghargaan kepada komuniti bola keranjang di sini yang sentiasa aktif dan menyokong usaha memperkasa sukan di peringkat akar umbi.

“Selama sembilan tahun saya berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya percaya kejayaan tidak datang secara bersendirian, tetapi melalui kerjasama erat dengan komuniti setempat,” katanya.

Tambahnya, sebanyak RM1.74 juta telah disalurkan untuk gelanggang bola keranjang di Jalan Meranti di bawah RTP sejak 2020 hingga 2025 dengan peruntukan tahunan meliputi RM500,000 (2020), RM150,000 (2021), RM200,000 (2022), RM200,000 (2023), RM500,000 (2024) dan RM190,000 pada tahun ini.

“Jumlah ini tidak termasuk peruntukan di bawah Projek Kecil Luar Bandar (MRP). 

“Saya akan terus berusaha membantu golongan belia dan membina kemudahan yang inklusif serta mampan demi kesejahteraan jangka panjang.

“Harapan saya, dengan adanya pembangunan ini, ia menjadi pemangkin kepada belia untuk lebih aktif, bersatu dan berdaya saing,” katanya.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gotong-royong CSR perindah Lepo Rurum, eratkan hubungan komuniti
Next: Bomba bincang penubuhan PBS bersama komuniti rumah panjang di Pakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.