Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM190,000 untuk dua projek RTP, tingkatkan kemudahan penduduk Meradong
  • Tengah
  • WILAYAH

RM190,000 untuk dua projek RTP, tingkatkan kemudahan penduduk Meradong

Utusan Sarawak 8 hours ago
SAKSI… Datuk Ding Koung Hiing menyaksikan penyerahan tapak projek. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Dua projek pembangunan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bernilai RM190,000 akan dilaksanakan secara berperingkat bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur asas untuk penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing telah hadir bagi menyaksikan penyerahan tapak bagi kedua-dua projek tersebut yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarikei.

Katanya, penyerahan tapak projek itu menandakan permulaan kerja menaik taraf infrastruktur asas yang akan memberi manfaat secara langsung kepada penduduk di kawasan terlibat.

“Penyerahan tapak projek ini menandakan kerja menaik taraf infrastruktur yang akan memberi manfaat langsung kepada penduduk setempat.

“Projek pertama melibatkan kerja menaik taraf pendawaian elektrik serta jalan di hadapan Rumah Tunjang dengan nilai peruntukan sebanyak RM90,000.

“Kerja tersebut merangkumi pembaharuan sistem pendawaian elektrik bagi memastikan aspek keselamatan dan kecekapan penggunaan tenaga, selain penambahbaikan jalan hadapan rumah panjang bagi memudahkan pergerakan penduduk serta meningkatkan keselesaan dan akses keluar masuk kawasan ini, khususnya ketika musim hujan,” katanya kepada media, baru-baru ini.

Tambahnya, projek kedua melibatkan kerja naik taraf prasarana Balai Raya Skim B dengan peruntukan sebanyak RM100,000.

“Naik taraf tersebut meliputi pembinaan sebuah bilik baharu serta kerja menaik taraf kanopi (awning) dan pagar yang dijangka menyediakan ruang kemudahan lebih selesa untuk aktiviti komuniti di samping meningkatkan aspek keselamatan kawasan.

“Kedua-dua projek RTP ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut jadual kerja yang telah disusun, dengan penekanan terhadap kualiti pembinaan serta pematuhan kepada spesifikasi teknikal.

“Penekanan diberikan terhadap kualiti kerja dan kepatuhan kepada spesifikasi teknikal bagi memastikan hasil pembinaan yang terbaik untuk penduduk,” katanya.

Katanya, pihak JKR akan menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan setiap fasa pelaksanaan projek berjalan lancar.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa kerajaan Sarawak sentiasa memberi perhatian terhadap keperluan rakyat luar bandar, khususnya dari segi penyediaan infrastruktur asas yang mampu meningkatkan kualiti hidup.

“Pelaksanaan projek RTP ini membuktikan keprihatinan kerajaan Sarawak dalam memastikan masyarakat di Meradong tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negeri.

“Saya berharap agar kedua-dua projek tersebut dapat disiapkan mengikut perancangan supaya manfaatnya dapat dinikmati penduduk dalam tempoh terdekat,” katanya.

Turut hadir Penolong Jurutera Awam JKR Sarikei, Allif, Tuai Rumah Tunjang Naga dan Tuai Rumah Ravica Francis.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tiga jambatan luar bandar Sarikei diluluskan untuk dibina semula
Next: Bot nelayan karam di muara jeti Sematan, tiga warga Indonesia selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.