Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • RM167.98 juta sokong industri pertanian
  • BISNES

RM167.98 juta sokong industri pertanian

Utusan Sarawak 4 years ago

KUALA LUMPUR, 11 Jun -- Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika ditemu bual selepas program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bersama Bernama Tv di Wisma Bernama hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pembiayaan tersebut adalah sebahagian daripada RM400 juta yang diperuntukkan bagi golongan tersebut. Di bawah skim sokongan industri pertanian dan makanan ini, RM350 juta merupakan peruntukan di bawah Skim Pembiayaan Mikrokredit Agrobank. Jaminan makanan amat dititikberatkan dalam PENJANA (Pelan Jana Semula Ekonomi Negara) dan Belanjawan 2021.-Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM167.98 juta pembiayaan telah disalurkan kepada golongan petani, peladang dan nelayan setakat 2 Julai 2021 bagi menyokong industri pertanian dan makanan negara.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pembiayaan tersebut adalah sebahagian daripada RM400 juta yang diperuntukkan bagi golongan tersebut.

“Di bawah skim sokongan industri pertanian dan makanan ini, RM350 juta merupakan peruntukan di bawah Skim Pembiayaan Mikrokredit Agrobank.

“Jaminan makanan amat dititikberatkan dalam PENJANA (Pelan Jana Semula Ekonomi Negara) dan Belanjawan 2021,” katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) ke-61 yang dikeluarkan, semalam.

Beliau berkata di bawah skim sokongan penggunaan teknikal dan digital bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta syarikat di peringkat pertengahan, sejumlah RM76.62 juta telah disalurkan kepada 13,873 perniagaan dalam bentuk geran dan pinjaman untuk langganan perkhidmatan digitalisasi, setakat 2 Julai.

Tengku Zafrul berkata, sebanyak 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja juga telah menerima manfaat Program Subsidi Upah (PSU) 1.0 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dan PENJANA.

Beliau berkata setakat 2 Julai, permohonan subsidi upah yang diluluskan telah mencapai nilai RM12.907 bilion.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bank Bergerak Agrobank mulakan operasi di Padawan
Next: Kerajaan disaran baik pulih ekonomi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.