Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM160,000 diperuntuk bantu penurapan tempat letak kereta di Persatuan Foochow Miri
  • Utara
  • WILAYAH

RM160,000 diperuntuk bantu penurapan tempat letak kereta di Persatuan Foochow Miri

Utusan Sarawak 3 days ago
LAWAT… Datuk Sebastian Ting Chiew Yew (tiga kiri) ketika bersama rombongannya melawat ke Persatuan Foochow Miri tinjau projek penurapan tempat letak kereta, semalam.

MIRI: Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew telah mengadakan lawatan ke Persatuan Foochow Miri bagi meninjau projek penurapan kawasan tempat letak kereta.

Menurut Datuk Sebastian Ting, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, beliau telah memperuntukkan sebanyak RM160,000 bagi membantu persatuan tersebut melaksanakan kerja-kerja penurapan.

Katanya, peruntukan itu adalah di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025.

 “Projek penurapan kawasan tempat letak kereta ini akan meningkatkan keselesaan kepada masyarakat setempat serta pengunjung,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, semalam.

Tambah beliau, projek ini akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Krokop Baru yang diketuai oleh Kapitan Chan dan diselia oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan mutu kerja yang baik serta pelaksanaan mengikut jadual.

Datuk Sebastian turut merakamkan penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Foochow Miri, pihak JKR dan Pasukan N74 Pujut atas kerjasama mereka dalam menjayakan lawatan serta projek berkenaan.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gawai Dayak serlah keunikan budaya, warisan Sarawak
Next: Mangsa banjir di Miri belum terima Bantuan Wang Ihsan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.