Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM16 juta bina Replika Kubu Rentap, Bukit Sadok disasar tarikan pelancongan baharu Sarawak
  • Selatan
  • WILAYAH

RM16 juta bina Replika Kubu Rentap, Bukit Sadok disasar tarikan pelancongan baharu Sarawak

Utusan Sarawak 2 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas semasa Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah bagi Projek Menaik Taraf Jalan Mara, Jalan Selangking, Nanga Sela dan Tanjung Paoh di sini hari ini. Foto: Pejabat Timbalan Premier 1

BETONG: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM16 juta bagi pembinaan replika kubu pahlawan Iban, Rentap, di Bukit Sadok sebagai usaha memperkukuh sektor pelancongan dan memartabatkan warisan sejarah negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, dana berkenaan kini sedia digunakan dan berada di bawah seliaan Majlis Daerah Betong bagi melaksanakan projek tersebut di lokasi bersejarah itu.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas semasa Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah bagi Projek Menaik Taraf Jalan Mara, Jalan Selangking, Nanga Sela dan Tanjung Paoh di sini hari ini. Foto: Pejabat Timbalan Premier 1

Menurut beliau, pembinaan replika kubu berkenaan bukan sahaja bertujuan menarik kehadiran pelancong tempatan dan antarabangsa, malah menjadi simbol penghargaan terhadap perjuangan Rentap yang menentang pemerintahan Rajah pada abad ke-19.

“Kita mempunyai dana RM16 juta di bawah Majlis Daerah Betong yang kini sedia untuk pembinaan replika kubu Rentap di Bukit Sadok. 

“Apabila siap nanti, kita berharap lebih ramai pelancong akan datang dan ini membuka peluang perniagaan kraf tangan kepada penduduk setempat,” katanya.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas semasa Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah bagi Projek Menaik Taraf Jalan Mara, Jalan Selangking, Nanga Sela dan Tanjung Paoh di sini hari ini. Foto: Pejabat Timbalan Premier 1

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah bagi Projek Menaik Taraf Jalan Mara, Jalan Selangking, Nanga Sela dan Tanjung Paoh di sini hari ini.

Uggah menegaskan bahawa peningkatan kemasukan pelancong dijangka memberi limpahan ekonomi kepada komuniti setempat, khususnya dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berasaskan warisan budaya.

Katanya, penduduk tempatan berpeluang memasarkan produk kraftangan tradisional seperti baju dabong serta kain tenunan pua kumbu yang menjadi identiti masyarakat Iban.

Selain itu, pembangunan Bukit Sadok turut dilihat mampu merangsang pertumbuhan sektor perkhidmatan termasuk penginapan, makanan dan minuman serta perkhidmatan pemandu pelancong.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Datin Amar Dato Doreen Mayang, Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Roseline Mapong Sabai serta beberapa pegawai pentadbiran dan teknikal berkaitan.

Oleh Adi Safarman

Tags: Selatan

Continue Reading

Previous: Insiden runtuhan bangunan di Jalan Pahlawan diklasifikasikan bencana alam, kini diletakkan di bawah pengurusan JPBN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.