Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM152.7 juta diluluskan untuk 64 projek pembangunan Bukit Semuja
  • TEMPATAN

RM152.7 juta diluluskan untuk 64 projek pembangunan Bukit Semuja

Utusan Sarawak 3 hours ago
UCAPAN… Datuk Amar Douglas Uggah Embas berucap pada majlis sambutan Gawai Dayak Bukit Semuja 2026 di Dewan Babuk Salog, Kampung Riih Daso, semalam. Foto Pejabat Timbalan Premier Sarawak

SERIAN: Sebanyak RM152.7 juta telah diluluskan bagi pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Semuja menerusi Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA).

Ia sekali gus membuktikan komitmen berterusan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memastikan pembangunan luar bandar terus dipacu secara menyeluruh.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, peruntukan tersebut membuktikan kesungguhan kerajaan di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam memastikan pembangunan dilaksanakan secara seimbang dan inklusif di seluruh negeri.

Menurutnya lagi, rakyat kini mula menikmati hasil daripada pelbagai dasar dan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri, sejajar dengan usaha berterusan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas pada majlis sambutan Gawai Dayak Bukit Semuja 2026 di Dewan Babuk Salog, Kampung Riih Daso, semalam. Foto Pejabat Timbalan Premier Sarawak

“Sebagaimana petani menuai hasil daripada kerja keras mereka, rakyat juga kini mula menikmati hasil daripada pelbagai dasar dan inisiatif pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan GPS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Gawai Dayak Bukit Semuja 2026 di Dewan Babuk Salog, Kampung Riih Daso, di sini semalam.

Uggah menjelaskan sebanyak 64 projek telah dikenal pasti di kawasan Bukit Semuja melibatkan sektor jalan raya, bekalan air, elektrik, pertanian, kemudahan komuniti dan infrastruktur asas.

Daripada jumlah keseluruhan peruntukan yang diluluskan, sebanyak RM15.16 juta telah dibelanjakan bagi melaksanakan projek yang dikenal pasti.

Katanya, pelaksanaan projek berkenaan membuktikan komitmen kerajaan Sarawak untuk memastikan kemajuan tidak hanya tertumpu di bandar-bandar utama, malah turut dinikmati masyarakat luar bandar.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas pada majlis sambutan Gawai Dayak Bukit Semuja 2026 di Dewan Babuk Salog, Kampung Riih Daso, semalam. Foto Pejabat Timbalan Premier Sarawak

Beliau berkata penyediaan kemudahan asas yang lebih baik serta peluang ekonomi yang lebih luas menjadi antara fokus utama kerajaan dalam merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.

Pada masa sama, beliau menyeru rakyat agar terus bersatu padu dan memberikan sokongan kepada agenda pembangunan kerajaan negeri supaya lebih banyak inisiatif dapat dilaksanakan pada masa hadapan.

Menurut Uggah, perpaduan yang dinikmati Sarawak hari ini merupakan antara faktor utama yang membolehkan kerajaan negeri merancang dan melaksanakan pelbagai agenda pembangunan untuk manfaat rakyat.

“Kerana dengan kita bersatu padu, itulah membolehkan kita terus maju, membolehkan pemimpin kita Premier Sarawak merancang meningkatkan pendapatan, dan membolehkan banyak lagi hasil yang dapat dinikmati oleh rakyat Sarawak,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa seluruh rakyat perlu terus bergerak sebagai satu pasukan dan satu keluarga besar Sarawak demi memastikan agenda pembangunan dapat diteruskan untuk manfaat generasi masa kini dan akan datang.

Pada majlis tersebut, Uggah turut mengumumkan sumbangan RM20,000 kepada Jawatankuasa Penganjur Sambutan Gawai Dayak Bukit Semuja 2026 yang diketuai ADUN Bukit Semuja, John Ilus, sebagai penghargaan atas usaha menjayakan program berkenaan.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Undang-undang syariah asas pembinaan peradaban masyarakat
Next: Media sosial antara cabaran utama masyarakat masa kini – Awang Tengah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.