Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM15,000 jadi rebutan Raja Sungai Regata Kalaka 2025
  • TEMPATAN

RM15,000 jadi rebutan Raja Sungai Regata Kalaka 2025

Utusan Sarawak 15 hours ago
REGATA Kalaka 2025. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Hadiah bernilai RM15,000 bakal menjadi rebutan bagi gelaran ‘Raja Sungai Regata Kalaka’ bersempena penganjuran Pesta Saratok 2025 yang berlangsung pada 11 hingga 13 Julai nanti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata selain hadiah utama yang bakal menjadi perebutan pada Regata Kalaka, turut disediakan iaitu hadiah kepada Juara Marathon Sakai 30 yang berjumlah RM5,000 dan ‘Raja Pecut Regata Kalaka 2025’ berjumlah RM1,500.

“Penganjuran Regata Kalaka 2025 menyediakan hadiah keseluruhan mencecah RM120,505 untuk menjadi perebutan kepada pasukan-pasukan yang bertanding.

“Hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM15,000 disediakan untuk pasukan yang berjaya mendominasi kategori utama iaitu perahu bidar 30 pekayuh akhir bagi penentu gelaran ‘Raja Sungai’, selain RM5,000 untuk juara Maraton Sakai 30 dan RM1,500 bagi Raja Pecut,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi yang mewakili ADUN Kalaka menghadiri Mesyuarat Kali ke-3 Jawatankuasa Pesta Saratok 2025 yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Saratok, Muhammad Dino Amid di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok, semalam.

Mohamad Duri berkata antara kategori perlumbaan yang dipertandingkan iaitu perahu Bidar dan pecut 10, 15, 20, 25 dan 30 pekayuh, perlumbaan Marathon (30 pekayuh), pertandingan perahu berhias dan lumba enjin sangkut lima kuasa kuda (5HP).

Beliau menambah, borang penyertaan Regata Kalaka 2025 telah dikeluarkan manakala tarikh tutup penyertaan adalah pada 3 Julai 2025.

Terdahulu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bakal menyaksikan perebutan ‘Raja Sungai’ Regata Kalaka bersempena penganjuran Pesta Saratok 2025 pada 13 Julai nanti.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: UNIFOR sumbang RM200,000 kepada Tokong Fung Shan Shu Saratok
Next: ‘Ngiling Tikai’ simbolik penutupan Gawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.