Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • RM15 juta diperuntuk jadikan Harimau Malaya gergasi bola sepak Asia
  • NASIONAL

RM15 juta diperuntuk jadikan Harimau Malaya gergasi bola sepak Asia

Utusan Sarawak 9 months ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan Bulan September di Kementerian Kewangan, hari ini. FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Sebanyak RM15 juta diperuntukkan untuk memperkukuh pasukan Harimau Malaya, sekali gus mengangkat pasukan itu menjadi gergasi bola sepak di rantau Asia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata daripada jumlah itu, RM10 juta akan diperuntuk kerajaan melalui Kementerian Kewangan manakala RM5 juta adalah komitmen daripada pihak swasta. 

Beliau berkata, langkah itu juga bagi memastikan Harimau Malaya dapat menjamin kebajikan pemainnya serta menggajikan barisan pengurus dan jurulatih terbaik. 

“Kalau kita dapat pengurus dan jurulatih yang betul-betul menunjukkan komitmen mereka biarpun mereka dari luar negara, saya percaya kita mampu mengangkat nama dan kewibawaan Harimau Malaya dalam mewakili negara Malaysia tercinta.

“Kita nak pastikan kemudahan dan kebajikan pemain-pemain bola, pengurus dan jurulatih mereka,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bersama Warga Kementerian Kewangan di sini, hari ini. 

Perdana Menteri berkata, beliau akan mengadakan pertemuan bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) setelah beliau pulang dari lawatan rasmi di Rusia untuk menghadiri Forum Ekonomi Timur, yang bermula hari ini hingga Jumaat.

Beliau juga akan meminta Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh untuk segera menyelaraskan penyaluran peruntukan berkenaan selain menugaskan seorang pegawai kanan Kementerian Kewangan untuk memastikan segala urusan kewangan berkaitan teratur. 

“Mudah-mudahan selain dapat memacu pertumbuhan ekonomi, kita dapat juga pamerkan (prestasi) bola sepak yang cemerlang dari Malaysia,” katanya.

Anwar turut mengumumkan secara peribadi akan memantau dan membantu dalam usaha memperkukuh pasukan Harimau Malaya. 

“Mengenangkan banyak masalah dan rakyat terutamanya orang muda yang minat dengan sukan bola sepak, saya mengambil keputusan untuk secara peribadi memantau dan membantu memperkukuh pasukan Harimau Malaya,” katanya. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Motosikal baharu 150cc ke atas perlu dilengkapi sistem ABS mulai 2025
Next: PM New Zealand nikmati sajian roti jala, teh tarik bersama pempengaruh popular

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.