Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM148,500 diperuntukkan naik taraf infrastruktur Rumah Tunjang Naga, Rumah Badindang Luka
  • Tengah
  • WILAYAH

RM148,500 diperuntukkan naik taraf infrastruktur Rumah Tunjang Naga, Rumah Badindang Luka

Utusan Sarawak 2 months ago
SESI PERJUMPAAN…. Datuk Ding Koung Hiing menghadiri sesi perjumpaan ringkas bersama Jurutera Awam JKR Bahagian Sarikei dan tuai rumah kedua-dua rumah panjang di Pusat Khidmat DUN Meradong. Foto UKAS

BINTANGOR: Sejumlah keseluruhan RM148,500 diperuntukkan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi dua projek penaiktarafan infrastruktur di Rumah Tunjang Naga, Sungai Lelabi dan Rumah Badindang Luka, Sungai Selidap dalam usaha meningkatkan kesejahteraan penduduk rumah panjang di kawasan Meradong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, pelaksanaan kedua-dua projek tersebut dijangka memberi impak positif kepada lebih 20 keluarga yang mendiami rumah panjang tersebut.

“Kerajaan sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat luar bandar.

“Projek pendawaian semula dan menaik taraf sistem perparitan ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan, malah memberi keselesaan kepada penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri sesi perjumpaan ringkas bersama Jurutera Awam JKR Bahagian Sarikei dan tuai rumah kedua-dua rumah panjang di Pusat Khidmat DUN Meradong, hari ini.

Menurut Koung Hiing, projek di Rumah Tunjang melibatkan kos RM90,000 merangkumi kerja pendawaian semula sembilan pintu rumah panjang serta penaiktarafan sistem perparitan bagi mengatasi masalah banjir yang sering melanda halaman rumah panjang tersebut.

Sementara itu, projek di Rumah Badindang pula membabitkan kos RM58,500 untuk kerja pendawaian semula sebanyak 15 pintu rumah panjang.

Beliau turut menggesa penduduk rumah panjang untuk memberikan kerjasama penuh kepada kontraktor yang telah dilantik menerusi sistem cabutan undi bagi memastikan kelancaran kerja projek.

“Saya berharap apabila projek ini siap, penduduk dapat menikmati kemudahan yang lebih baik demi kesejahteraan bersama,” katanya.

Turut hadir Pemanca Yii Hee Sieng, Tuai Rumah Tunjang Naga dan Tuai Rumah Badindang Luka.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pastikan proses pemulihan banjir berjalan lancar
Next: 224 anak yatim, asnaf terima duit raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.