Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM120,000 diperuntuk naik taraf rumah panjang di Pantu
  • Selatan
  • WILAYAH

RM120,000 diperuntuk naik taraf rumah panjang di Pantu

Utusan Sarawak 1 day ago
Datuk Mong Dagang ketika berucap semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Ngabang Gawai Dayak 2025 di Rumah Rikie Sumpit, Punggu Tengah Pantu di sini, semalam. -Foto Pusat Khidmat ADUN Bukit Begunan

PANTU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang telah memperuntukkan sebanyak RM120,000 di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi kerja-kerja menaik taraf Rumah Panjang Rikie sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat, di sini, semalam.

Beliau turut menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM6,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Rikie serta RM3,000 untuk biro wanita rumah panjang tersebut, sebagai sokongan terhadap pembangunan komuniti setempat.

Dalam pada itu, Mong menjelaskan bahawa tujuan utama sambutan perayaan Gawai Dayak adalah untuk menonjolkan identiti kaum Dayak, yang merangkumi aspek seperti pakaian tradisional (Ngepan), permainan warisan, dan pelbagai elemen budaya lain.

“Dari situ, banyak perayaan lain yang kita dapat lihat seperti Gawai Antu, upacara ‘Miring’ (sandau hari), Gawai Tanju, nyampi, Pantun. 

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Ngabang Gawai Dayak 2025 di Rumah Rikie Sumpit, Punggu Tengah Pantu di sini, semalam.

Pada masa yang sama, beliau turut mengulas mengenai pelaksanaan Ujian Penilaian Program Dwibahasa Sarawak (UPDLP) bagi murid Tahun Enam yang dijadualkan bermula pada bulan Oktober ini.

Tambahnya, pelaksanaan ujian ini bertujuan melahirkan pelajar yang bersedia untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), dengan penekanan khusus terhadap penguasaan subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

“Justeru, ibu bapa disarankan agar tidak ragu-ragu untuk menghantar anak mereka ke sekolah antarabangsa. Ini kerana sukatan pelajarannya adalah selaras dengan kurikulum Universiti Cambridge dari England. Apabila tamat Tingkatan Lima, pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke luar negara dan pembiayaannya akan ditanggung oleh kerajaan Sarawak,” katanya

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SADA tumpu status terkini projek pembangunan sosial
Next: RTP fund for two schools 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.