KUCHING: Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak akan melaksanakan projek penambahbaikan sistem saliran dan mitigasi banjir di Batu Kawa bernilai RM120 juta.
Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak, projek berkenaan akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025).
“Projek itu termasuk penambahbaikan sistem pengairan di Lorong 1C dan 3, Sungai Moyan, Sungai Surih, Jalan Field Force, Jalan Ketitir, Desa Wira dan kawasan Rancangan Perumahan Rakyat (RPR).
“Selain itu, projek ini juga melibatkan kerja-kerja pemulihan tebing sungai di Kampung Sinar Budi Baru yang mana Perunding CF telah dilantik sebagai pereka projek dan syarikat konsultasi oleh pihak DID Sarawak,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini, semalam.
Selain itu, Dr. Sim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawah telah menerima taklimat perincian projek berkenaan daripada Pembantu Pengarah DID Sarawak, Jamesy Mijek pada 30 Januari lalu.
Hadir sama, pereka projek dan syarikat konsultasi, Foo Siang Ning dan Pengerusi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) cawangan Batu Kawah, Lim Ah Ted turut berada di kawasan tapak.
Jabatan Pengairan dan Saliran percaya bahawa setelah projek selesai, masalah saliran di Batu Kawa akan diperbaiki.
Oleh Jeakqleyn Yacho