Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM11.5 juta pacu pembangunan Kampung Sessang sejak 2018
  • WILAYAH

RM11.5 juta pacu pembangunan Kampung Sessang sejak 2018

Utusan Sarawak 12 hours ago
ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir pada Majlis Sambutan Ramah Tamah Aidilfitri Gabungan Persatuan-Persatuan Kampung Sessang 2026/1447H di Gelanggang Futsal Kampung Sessang, hari ini. Foto ADUN Kabong

KABONG: Sejumlah keseluruhan RM11.5 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di Kampung Sessang sejak 2018, sekali gus membuktikankan komitmen berterusan kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan penduduk luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, peruntukan tersebut melibatkan pelaksanaan projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) serta Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) yang memberi impak langsung kepada kehidupan masyarakat setempat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Ramah Tamah Aidilfitri Gabungan Persatuan-Persatuan Kampung Sessang 2026/1447 Hijrah yang berlangsung di Gelanggang Futsal Kampung Sessang, di sini, hari ini.

ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir pada Majlis Sambutan Ramah Tamah Aidilfitri Gabungan Persatuan-Persatuan Kampung Sessang 2026/1447H di Gelanggang Futsal Kampung Sessang, hari ini. Foto ADUN Kabong

Menurut Chee Kadir, sejak 2018 hingga kini, pelbagai projek RTP telah dilaksanakan merangkumi pembinaan dan naik taraf kemudahan asas seperti benteng sungai, pintu air, gelanggang sukan, jalan kampung serta kemudahan komuniti.

Dalam tempoh tersebut, projek-projek berkenaan memberi tumpuan kepada keperluan asas penduduk termasuk menangani isu hakisan tebing sungai, memperbaiki sistem perparitan serta menyediakan kemudahan rekreasi untuk golongan belia.

Selain itu, di bawah inisiatif BDDA, beberapa projek berskala besar turut dirancang dan dilaksanakan termasuk pembinaan Dewan Masyarakat Kampung Sessang bernilai RM2.5 juta serta cadangan kerja perparitan dan berkaitan di jalan utama yang dianggarkan bernilai RM4.5 juta.

Turut dilaksanakan ialah pembinaan parit konkrit di jalan utama dan lorong-lorong kampung bernilai RM1.5 juta serta pembinaan susur gajah berbumbung di Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Moh Sessang bernilai RM300,000.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa keseluruhan peruntukan RM11.5 juta itu membuktikan kesungguhan kerajaan dalam memastikan pembangunan yang seimbang dan inklusif dapat dinikmati oleh masyarakat luar bandar.

ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir pada Majlis Sambutan Ramah Tamah Aidilfitri Gabungan Persatuan-Persatuan Kampung Sessang 2026/1447H di Gelanggang Futsal Kampung Sessang, hari ini. Foto ADUN Kabong

Dalam masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sambutan Aidilfitri berkenaan yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat Kampung Sessang.

Katanya, penganjuran bersama oleh pelbagai pertubuhan komuniti seperti masjid, surau, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) memperlihatkan semangat kerjasama dan perpaduan yang kukuh dalam kalangan penduduk.

Beliau turut menekankan bahawa sambutan Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi menjadi platform penting untuk mengeratkan silaturahim serta memupuk nilai kebersamaan dalam masyarakat.

Tambah beliau, kemudahan awam seperti gelanggang futsal yang dibangunkan melalui projek RTP juga perlu dimanfaatkan sepenuhnya sebagai pusat aktiviti komuniti dan pembangunan belia.

Sehubungan itu, Chee Kadir menggesa agar semua penduduk terus bersama-sama menjaga kemudahan yang disediakan agar dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang.

Majlis tersebut turut dihadiri Pegawai Daerah Kabong, Tahir Sharee, Pegawai Menguasa Pejabat Daerah Kabong, Ahmad Sabree Yunus, Penghulu Kamaluddin Rambli serta pemimpin masyarakat dan penduduk setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dua tongkang ditahan, gagal patuhi undang-undang pelayaran dan imigresen
Next: Remaja perempuan 18 tahun dilaporkan hilang di Padawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.