Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM100,000 disalurkan kepada Saberkas Cawangan Bukit Kota bagi 2026
  • Utara
  • WILAYAH

RM100,000 disalurkan kepada Saberkas Cawangan Bukit Kota bagi 2026

Utusan Sarawak 4 hours ago
MESYUARAT… Barisan exco Saberkas Cawangan Bukit Kota sewaktu mesyuarat bersama Datuk Dr Abdul Rahman Ismail di Anjung Usahawan Limbang.

LIMBANG: Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Pertubuhan Belia Kebangsaan Sarawak (Saberkas) Cawangan Bukit Kota bagi 2026.

Beliau, yang juga Pengerusi Saberkas Cawangan Bukit Kota, mengumumkan perkara itu semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Saberkas Cawangan Bukit Kota Bil. 1/2026 di Anjung Usahawan Limbang semalam.

Antara agenda utama yang dibincangkan ialah laporan kewangan serta aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Saberkas Cawangan Bukit Kota bagi Sesi 2023–2026, termasuk persiapan Mesyuarat Agung Tri-Tahunan Unit dan Cawangan serta perancangan penganjuran program untuk 2026.

Saberkas Cawangan Bukit Kota berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti dan program sepanjang tahun lalu, dengan memberi tumpuan khusus kepada pembangunan modal insan serta belia di Limbang.

Hadir sama Naib Pengerusi I Saberkas Cawangan Bukit Kota, Kaunselor Sufian Mohat; Naib Pengerusi II, Suhaimi Mohamad; Setiausaha, Rosmaini Mail; dan Bendahari Saberkas Cawangan Bukit Kota, Hikmal Fariatin Mohd Ali Saufi.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jambatan RM200,000 di Maludam dipercepat, guna Inisiatif MRP demi keselamatan penduduk
Next: Kerajaan Sarawak naik taraf Pejabat Daerah Saratok, bina baharu Pejabat Daerah Kecil Roban dan kuarters

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.