Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM1.94 juta diperuntuk tingkat kecekapan trafik Bintulu, fasa pertama siap
  • Utara
  • WILAYAH

RM1.94 juta diperuntuk tingkat kecekapan trafik Bintulu, fasa pertama siap

Utusan Sarawak 20 hours ago
JOHNNY Pang Leong Ming menyaksikan majlis ringkas penyerahan fasa pertama projek naik taraf 14 persimpangan lampu isyarat sedia ada di Bintulu antara Zulhijjas Rabiee dan Edric Yeo, hari ini.

BINTULU: Keupayaan pihak berkuasa dalam bertindak balas terhadap insiden trafik di Bintulu kini dipertingkatkan menerusi siapnya fasa pertama projek Pusat Kawalan Trafik Bandar Bintulu, yang mengintegrasikan sistem pintar SCATS dan pemantauan CCTV beresolusi tinggi.

Projek bernilai RM1.94 juta itu bukan sahaja menaik taraf 14 persimpangan lampu isyarat sedia ada, malah turut menubuhkan dua pusat kawalan bersepadu masing-masing di Wisma Bintulu dan Pejabat JKR Bahagian Bintulu bagi memantau trafik secara langsung.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, sistem ini meningkatkan kecekapan pengurusan aliran trafik serta keupayaan mengesan dan menangani kecemasan dengan lebih pantas.

“Melalui sistem SCATS yang dihubungkan dengan kamera pemantau, pegawai bertugas dapat memantau trafik secara masa nyata serta membuat pelarasan segera pada lampu isyarat atau mengatur bantuan jika berlaku kemalangan,” katanya ketika menghadiri taklimat dan majlis penyerahan rasmi projek antara JKR Bahagian Bintulu dan kontraktor pelaksana, Seri Teknik, hari ini.

Sebanyak 14 persimpangan strategik kini menggunakan sistem ini, dikendalikan bersama oleh JKR dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) berdasarkan keutamaan trafik serta keperluan operasi bersepadu.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak atas komitmen mereka dalam meningkatkan keselamatan dan kelancaran laluan bandar melalui penggunaan teknologi terkini.

“Projek ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan lalu lintas, malah memberi keyakinan kepada rakyat bahawa keselamatan mereka sentiasa dipantau dan dilindungi,” ujarnya.

Turut hadir Penolong Jurutera Bahagian (Operasi) JKR Bintulu, Zulhijjas Rabiee dan Pengurus Kontrak Seri Teknik, Edric Yeo Tze Ming.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rodiyah tegas komitmen bina infrastruktur Kampung Sungai Buluh, sokong warisan budaya Iban
Next: Komuniti MADANI pemangkin penting komunikasi dua hala kerajaan, rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.