Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM1.91 juta diperuntuk bagi 16 projek pembangunan di Parlimen Tanjong Manis
  • Tengah
  • WILAYAH

RM1.91 juta diperuntuk bagi 16 projek pembangunan di Parlimen Tanjong Manis

Utusan Sarawak 3 days ago
SIMBOLIK PERASMIAN… Yusuf Abd Wahab menandatangani plak PMR baik pulih jeti Kampung Abang Amin sebagai tanda perasmian. Foto Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Manis

BINTANGOR: Sebanyak RM1.91 juta telah diperuntukkan bagi 2025 untuk melaksanakan 16 projek pembangunan di bawah kawasan Parlimen P.206 Tanjong Manis, menerusi peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab, berkata peruntukan tersebut merangkumi kerja baik pulih, naik taraf dan pembinaan baharu kemudahan asas, termasuk sekolah, surau, masjid, rumah panjang, tabika di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), dewan, gelanggang, padang, jeti, serta pelbagai prasarana awam lain.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada majlis serah siap PMR Tanjong Manis Kerja-Kerja Baik Pulih Jeti Kampung Abang Amin, petang semalam. 

TEMU BUAL… Yusuf Abd Wahab ditemui media pada majlis serah siap PMR Tanjong Manis Kerja-Kerja Baik Pulih Jeti Kampung Abang Amin, petang semalam. Foto Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Manis

Katanya, projek baik pulih jeti tersebut dilaksanakan dengan kos RM70,000 telah siap lebih awal daripada tempoh yang dijadualkan.

“Projek ini sangat signifikan dalam meningkatkan keselamatan penduduk. Sebelum ini, keadaan jeti terdahulu tidak lagi selamat digunakan kerana ia telah mengalami kerosakan struktur dan kayu reput akibat faktor usia dan persekitaran.

“Melalui projek baik pulih ini, struktur jeti dibina semula dengan lebih kukuh, stabil, dan selamat untuk digunakan oleh penduduk setempat. 

“Langkah ini selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan keselamatan rakyat menjadi keutamaan,” katanya.

Katanya, projek ini juga menyokong aktiviti ekonomi penduduk yang sebahagian besarnya bergantung kepada sektor perikanan dan pertanian.

“Jeti yang dinaik taraf ini memudahkan pengangkutan hasil pertanian dan tangkapan nelayan ke pasar utama. 

“Dengan kemudahan yang lebih baik, projek ini diharap dapat meningkatkan hasil ekonomi tempatan dan memberi peluang kepada penduduk untuk memperkukuh pendapatan keluarga,” katanya.

Selain itu, projek tersebut turut memberi nilai tambah kepada pembangunan sosial dan komuniti kerana jeti berfungsi sebagai pusat riadah serta tempat interaksi penduduk kampung.

“Ia menjadi bukti komitmen Kerajaan Persekutuan dalam menyalurkan peruntukan pembangunan yang benar-benar memberi manfaat langsung kepada rakyat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Yusuf menggesa penduduk kampung agar menjaga dan memanfaatkan kemudahan ini sebaik mungkin terutamanya daripada vandalisme kerana ia bukan sahaja untuk kegunaan hari ini, tetapi juga untuk diwarisi generasi akan datang.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bau IPD welcomes new District Police Chief
Next: 22 NGO di Meradong terima sumbangan cek MRP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.