Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM1.5 juta bina Gereja Bethel BEM
  • TEMPATAN

RM1.5 juta bina Gereja Bethel BEM

Utusan Sarawak 4 years ago
PENYAMPAIAN CEK…Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyampaikan cek kepada Dato Sri Alexander Nanta Linggi sambil disaksikan oleh Lidam Assan.

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerusi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) pada Isnin menyampaikan cek bernilai RM1.5 juta untuk pembinaan Gereja Bethel BEM di Sibu.

Douglas Uggah yang selaku menteri bertanggungjawab ke atas UNIFOR menyampaikan cek tersebut kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi, mewakili pihak gereja, yang diiringi setiausaha politiknya, Lidam Assan.

Pada minggu lalu, Douglas Uggah turut menyampaikan cek UNIFOR bernilai sebanyak RM40,000 kepada Gereja St Augustine di Kampong Tebedu untuk kerja-kerja pengubahsuaian dan pembaikan gereja berkenaan.

Dalam pada itu, beliau juga menyampaikan satu lagi cek bernilai RM70,000 kepada Gereja St. John di Kampung Taee di Srian untuk pemasangan alat hawa dingin.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dato Sri Michael Manyin Jawong menerima kedua-dua cek tersebut bagi pihak gereja.

Continue Reading

Previous: 500,000 TERIMA SUNTIKAN
Next: ROTH tiup semangat anak seni

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.