Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM1.3 JUTA, UBAH SUAI 36 POIN VENTILATOR
  • TEMPATAN

RM1.3 JUTA, UBAH SUAI 36 POIN VENTILATOR

Utusan Sarawak 4 years ago
LAWATAN… Dr. Sim Kui Hian diiringi oleh Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi dan Dr. Ngian Hie Ung ketika melakukan lawatan ke Hospital Umum Sarawak, baru-baru ini.

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menyokong Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pengubahsuaian 36 point ventilator dengan kos sebanyak RM1.3 juta dengan segera.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato’ Sri Sim Kui Hian berkata, Hospital Umum Sarawak ketika ini mempunyai 72 point ventilator.

“Walaupun Kementerian Kesihatan berada di bawah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak akan bersama-sama dengan HUS untuk memperjuangkan peruntukan RM23 juta yang diperlukan untuk 36 unit katil Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Marilah kita bersama-sama perangi Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam catatan Facebooknya pada Sabtu selepas mengunjungi HUS.

Dr. Sim yang juga merupakan Penasihat kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak turut mengadakan lawatan ke Medi Hotel di HUS, yang berpotensi mempunyai 160 bilik tambahan untuk kuarantin.

Selain itu, beliau turut merakamkan terima kasih kepada Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi (Menteri Bertugas DBKU), Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Khirudin Drahman, Pegawai kanan DBKU dan HUS kerana bekerjasama yang mereka berikan.

“Mainkan peranan kita dan menjalankan tugas kita… doakan yang terbaik dan bersiaplah untuk situasi yang lebih buruk,” katanya.

Turut hadir, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi dan Pengarah HUS, Dr. Ngian Hie Ung.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Benak gamit perhatian orang ramai
Next: Jambatan Rumah Ayum hampir siap sepenuhnya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.