Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • RM1.215 bilion PSU diluluskan
  • BISNES

RM1.215 bilion PSU diluluskan

Utusan Sarawak 4 years ago
“Ia telah disalurkan kepada 74,075 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 645,522 pekerja.”-Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan permohonan subsidi upah bernilai RM1.215 bilion di bawah Program Subsidi Upah (PSU) 2.0 setakat 4 Jun 2021, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, ia telah disalurkan kepada 74,075 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 645,522 pekerja.

Bagi Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan pula, sebanyak 137,593 pekerja berjaya mendapat pekerjaan setakat 4 Jun katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-57 yang dikeluarkan, semalam.

Beliau berkata, antara industri dan sektor utama yang mengambil pekerja termasuk pembuatan serta perdagangan borong dan runcit.

Tengku Zafrul berkata bagi elaun khas barisan hadapan, kerajaan telah menyalurkan RM787.61 juta setakat 4 Jun, berdasarkan 2.193 juta tuntutan daripada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan pandemik Covid-19. Elaun khas itu juga diperluas kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, bomba, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta Jabatan Sukarelawan yang terlibat secara langsung dalam membantu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).- Bernama

Continue Reading

Previous: Pharmaniaga pada landasan serah 12 juta dos vaksin Sinovac
Next: 16 pengendali rumah inap desa manfaat MaTEx

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.