Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • RM BTS menang artis K-pop kegemaran di Anugerah Muzik Amerika 2025
  • HIBURAN

RM BTS menang artis K-pop kegemaran di Anugerah Muzik Amerika 2025

Utusan Sarawak 2 days ago
RM, ketua kumpulan K-pop sensasi BTS merangkul anugerah Artis K-pop Kegemaran di Anugerah Muzik Amerika (AMA) 2025, iaitu satu daripada tiga anugerah muzik utama di Amerika Syarikat.

SEOUL: RM, ketua kumpulan K-pop sensasi BTS merangkul anugerah Artis K-pop Kegemaran di Anugerah Muzik Amerika (AMA) 2025, iaitu satu daripada tiga anugerah muzik utama di Amerika Syarikat.

Anugerah itu disampaikan semasa majlis yang berlangsung di Fontainebleau Las Vegas pada Isnin (waktu tempatan), lapor agensi berita Yonhap memetik laman sesawang rasmi AMA.

Kategori Artis K-pop Kegemaran diperkenalkan pada 2022, dengan BTS memenangi anugerah itu buat kali pertama.

Kemenangan solo RM tahun ini meneruskan legasi kumpulan itu di pentas AMA.

Anggota BLACKPINK, Rose turut dicalonkan dalam kategori Kolaborasi Terbaik menerusi lagu ‘APT.’ bersama bintang pop antarabangsa Bruno Mars, namun anugerah itu dimenangi oleh Bruno Mars dan Lady Gaga menerusi lagu ‘Die With A Smile.’

Bintang pop Billie Eilish mendominasi malam itu, memenangi tujuh anugerah termasuk Artis Terbaik, Album Terbaik dan Lagu Terbaik untuk album terbarunya ‘Hit Me Hard and Soft.’

Dilancarkan pada 1974, AMA dianggap sebagai antara anugerah muzik paling berpengaruh di Amerika Syarikat, setaraf dengan Grammy Awards dan Billboard Music Awards.

AMA kembali dianjurkan tahun ini selepas berehat selama tiga tahun, dengan edisi terakhir berlangsung pada 2022.

BTS sebelum ini memenangi anugerah di AMA selama lima tahun berturut-turut dari 2018 hingga 2022.– Bernama-Yonhap

Continue Reading

Previous: Doktor tampil berbusana songket Melanau di Karpet Merah Cannes
Next: ‘Our Land, Our Home’: Lagu tema ASEAN 2025 semarakkan semangat perpaduan serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.