Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Rizab antarabangsa Malaysia AS$108.9 bilion 13 Oktober – BNM  
  • BISNES

Rizab antarabangsa Malaysia AS$108.9 bilion 13 Oktober – BNM  

Utusan Sarawak 2 years ago

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$108.9 bilion (AS$1=RM4.77) pada 13 Oktober lepas.

Bank pusat berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$96.5 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.0 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM614.12  bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM510.96 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.76 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.91 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM62.35 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM169.84 bilion), mata wang dalam edaran (RM158.39 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM158.38 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM19.79 bilion), deposit lain (RM37.66 bilion), kertas Bank Negara (RM34.66 bilion), peruntukan SDR (RM29.85 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM5.43 bilion). – Bernama

Continue Reading

Previous: Syarikat penerbangan baharu, laluan terkini tingkatkan pemulihan pada suku ketiga – MAHB
Next: FBM KLCI dijangka tidak banyak berubah minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.