Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Rizab antarabangsa BNM pada AS$104.3 bilion
  • BISNES

Rizab antarabangsa BNM pada AS$104.3 bilion

Utusan Sarawak 5 years ago
RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM)

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) mencecah AS$104.3 bilion pada 14 Ogos 2020, lebih tinggi berbanding dengan AS$104.2 bilion yang direkodkan pada 30 Julai 2020.

“Kedudukan rizab adalah mencukupi untuk membiayai 8.5 bulan daripada import tertunggak dan 1.1 kali jumlah hutang luar jangka pendek,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Komponen utama Rizab Antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$95.6 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS $1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas (AS$1.1 bilion), emas (AS$2.2 bilion) dan lain-lain aset rizab (AS$4.1 bilion).

Aset-aset tersebut merangkumi pertukaran emas, mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM446.62 bilion; Kertas Kerajaan Malaysia (RM 10.87 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.75 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM16.32 bilion), tanah dan bangunan (RM4.17 bilion), serta aset lain (RM15.24 bilion).

Menurut BNM lagi, modal dan liabiliti merangkumi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM177.22 bilion), mata wang dalam edaran (RM125.94 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM133.50 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM17.59 bilion), lain-lain deposit (RM16.73 bilion), kertas BNM (RM12.36 bilion), peruntukan SDR (RM7.93 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM5.61 bilion).- Bernama

Continue Reading

Previous: Jualan kenderaan Julai naik 13 peratus
Next: Boleh jadi produk premium

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.