Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • RISEAP sedia hadapi transformasi digital demi pemerkasaan ummah
  • SEMASA

RISEAP sedia hadapi transformasi digital demi pemerkasaan ummah

Utusan Sarawak 14 hours ago
PRESIDEN RISEAP merangkap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Perasmian Program Latihan Kepimpinan Belia Antarabangsa RISEAP 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini. Foto UKAS

KOTA KINABALU: Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) bersama semua organisasi ahlinya digesa bersiap sedia menghadapi transformasi identiti dan pendekatan seiring realiti dunia digital yang pantas berubah.

Presiden RISEAP merangkap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, RISEAP perlu memanfaatkan teknologi baharu bagi tujuan pemodenan, dakwah digital serta kesiapsiagaan terhadap perkembangan kecerdasan buatan (AI).

Menurut beliau, dalam era yang dibentuk oleh AI, komunikasi digital dan automasi, umat Islam tidak boleh ketinggalan arus.

“Kita mesti membekalkan diri dan komuniti dengan alat, literasi serta pemikiran yang diperlukan untuk memanfaatkan teknologi demi manfaat ummah.

“RISEAP membayangkan masa depan di mana nilai-nilai Islam tradisional diperkukuh melalui teknologi pintar, para da’i diperkasa secara digital dan identiti kita kekal utuh dalam era digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Program Latihan Kepimpinan Belia Antarabangsa RISEAP 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini.

PRESIDEN RISEAP merangkap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Perasmian Program Latihan Kepimpinan Belia Antarabangsa RISEAP 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini. Foto UKAS

Majlis anjuran RISEAP dengan kerjasama Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dan Majlis Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Sabah itu turut disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Musa Aman.

Dalam pada itu, Premier Sarawak menegaskan RISEAP memainkan peranan yang unik dan signifikan dalam gerakan dakwah bukan sahaja dengan menyokong usaha Islam di peringkat akar umbi tetapi juga dengan memastikan suara komuniti minoriti didengar dan dihormati dalam ummah global.

Jelasnya, dipandu oleh nilai kebijaksanaan, kesederhanaan, keterangkuman dan kerjasama, RISEAP terus mengekalkan visinya untuk membina komuniti minoriti beragama Islam yang berdaya tahan, berilmu dan bersatu di Asia Tenggara dan Pasifik.

“RISEAP turut menggalakkan instrumen kewangan sosial Islam seperti Baitulmal dan Wakaf yang diiktiraf sebagai alat penting untuk menangani kemiskinan, menyokong aktiviti dakwah dan memastikan pembangunan komuniti yang mampan melalui persidangan, program latihan dan platform perkongsian ilmu.

“RISEAP menggesa organisasi ahli menghidupkan kembali dan menginstitusikan Baitulmal dan Wakaf sebagai alat strategik untuk pemerkasaan ekonomi terutamanya di kawasan minoriti beragama Islam,” jelasnya.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerjasama Persekutuan-negeri minyak dan gas kekal utuh, utamakan fakta
Next: Wilfred Yap: Federal Minister misstates Sarawak’s oil and gas rights

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.