Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RISDA Sarawak santuni komuniti melalui Program Ibadah Korban di Kampung Muara Tuang
  • Selatan
  • WILAYAH

RISDA Sarawak santuni komuniti melalui Program Ibadah Korban di Kampung Muara Tuang

Utusan Sarawak 7 hours ago
PEJABAT RISDA Negeri Sarawak dengan kerjasama pengurusan Masjid Darul Taqwa serta penduduk Kampung Muara Tuang berjaya menganjurkan Program Ibadah Korban di Masjid Darul Taqwa, Kampung Muara Tuang, hari ini. Foto: RISDA Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Pejabat RISDA Negeri Sarawak dengan kerjasama pengurusan Masjid Darul Taqwa serta penduduk Kampung Muara Tuang berjaya menganjurkan Program Ibadah Korban di Masjid Darul Taqwa, Kampung Muara Tuang, hari ini.

Menurut kenyataan media Pejabat RISDA Negeri Sarawak, program tersebut dilaksanakan sebagai manifestasi keprihatinan RISDA dalam menyuburkan syiar Islam selain memperkukuh hubungan silaturahim antara warga kerja RISDA dan masyarakat setempat.

Katanya, program berkenaan turut melibatkan penyertaan komuniti pekebun kecil di kawasan sekitar yang bersama-sama berganding bahu menjayakan aktiviti korban dan pengagihan daging kepada golongan yang memerlukan.

PEJABAT RISDA Negeri Sarawak dengan kerjasama pengurusan Masjid Darul Taqwa serta penduduk Kampung Muara Tuang berjaya menganjurkan Program Ibadah Korban di Masjid Darul Taqwa, Kampung Muara Tuang, hari ini. Foto: RISDA Sarawak

Tambah kenyataan itu, semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan masjid dan penduduk kampung amat membanggakan, sekali gus memperlihatkan perpaduan erat dalam kalangan masyarakat setempat.

“Kerjasama yang diberikan amat luar biasa bermula daripada proses penyembelihan sehinggalah kepada pengagihan daging korban kepada golongan yang layak,” menurut kenyataan tersebut.

Program itu juga dilihat mampu mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dan komuniti luar bandar melalui pendekatan kemasyarakatan yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

Selain menyemarakkan sambutan ibadah korban, penganjuran program berkenaan turut menjadi platform memperkukuh nilai kebersamaan, semangat gotong-royong dan keprihatinan sosial dalam kalangan masyarakat.

Pejabat RISDA Negeri Sarawak berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa hadapan demi membawa keberkatan, kesejahteraan dan manfaat berpanjangan kepada seluruh komuniti setempat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: PJPN disampaikan kepada pesara, waris polis sekitar Sri AmanĀ 
Next: Pengukuran tanah NCR bukti kerajaan Sarawak iktiraf, pertahan hak rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.