Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit tinggi pada sesi pembukaan dalam ketegangan geopolitik berterusan
  • BISNES

Ringgit tinggi pada sesi pembukaan dalam ketegangan geopolitik berterusan

Utusan Sarawak 9 hours ago
GAMBAR hiasan. -Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada hari ini walaupun Indeks Dolar AS (DXY) mengukuh berikutan ketegangan geopolitik yang berterusan dengan penglibatan Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Israel-Iran yang menjadi tumpuan, kata penganalisis.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2420/2655 berbanding dolar AS daripada 4.2505/2565 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata terdapat kebimbangan mengenai konflik yang lebih meluas di rantau itu apabila AS mengumumkan serangan udara sebagai ‘berjaya’ ke atas tiga tapak nuklear Iran.

“Ternyata, tumpuannya ialah sejauh mana situasi itu boleh memberi impak kepada harga minyak mentah dan sentimen risiko.

“Harga minyak mentah Brent telah meningkat sebanyak 2.49 peratus kepada AS$78.93 setong, paras tertinggi sejak Januari 2025 berikutan kebimbangan mengenai tindakan balas Iran yang mungkin menggunakan Selat Hormuz sebagai tekanan dalam konflik yang sedang berlaku,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, Mohd Afzanizam berkata ringgit boleh merosot berbanding dolar AS berdasarkan sentimen defensif dalam kalangan peniaga.

Beliau berkata ia boleh menjadi pendekatan menghindari risiko dalam pasaran mata wang dengan DXY AS meningkat kepada 98.937 mata manakala komoditi seperti emas naik sebanyak 0.27 peratus kepada AS$3,377.42 seauns.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia diniagakan tinggi berbanding yen Jepun kepada 2.9023/9186 daripada 2.9245/9289 pada Jumaat lepas, meningkat berbanding pound kepada 5.7000/7316 daripada 5.7356/7437 dan naik berbanding euro kepada 4.8800/9070 daripada 4.9000/9069 sebelum ini.

Mata wang tempatan turut diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2948/3133 daripada 3.3088/3140 pada Jumaat lepas, naik kepada 12.9243/13.0042 daripada 12.9727/9969 berbanding baht Thailand, tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 258.6/260.2 daripada 259.2/259.7 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.42/7.46 daripada 7.43/7.45.

-Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Permohonan pendaftaran baharu skop cukai perkhidmatan, kadar cukai jualan dibuka mulai 1 Ogos  
Next: Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.