Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit teruskan aliran turun berbanding dolar AS
  • BISNES

Ringgit teruskan aliran turun berbanding dolar AS

Utusan Sarawak 3 years ago

“Jika kenaikan sebanyak 75 mata asas direalisasikan apabila Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed (FOMC) bermesyuarat pada 2 November ini, ia akan menjejaskan ringgit kerana kenaikan kadar faedah tempatan tidak sepadan dengan kadar kenaikan AS ekoran kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi domestik." - Stephen Innes

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, meneruskan penurunan menjelang keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) berkaitan kadar faedah minggu depan, kata peniaga.

Pada 6.00 petang, unit tempatan susut berbanding dolar AS kepada 4.7225/7275 daripada 4.7155/7185 ketika ditutup pada Khamis.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, ringgit mengalami kelemahan berbanding mata wang negara maju itu, seiring dengan mata wang negara Asia lain.

“Jika kenaikan sebanyak 75 mata asas direalisasikan apabila Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed (FOMC) bermesyuarat pada 2 November ini, ia akan menjejaskan ringgit kerana kenaikan kadar faedah tempatan tidak sepadan dengan kadar kenaikan AS ekoran kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi domestik,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3436/3474 daripada 3.3448/3472 ketika ditutup pada Khamis dan naik berbanding pound British kepada 5.4455/4513 daripada 5.4516/4551.

Ringgit lebih tinggi berbanding euro kepada 4.7008/7058 daripada 4.7334/7364 semalam dan kukuh berbanding yen kepada 3.1976/2012 daripada 3.2194/2219. – Bernama

Continue Reading

Previous: Petronas, Petros perluas kerjasama percepat Pelan Hala Tuju Gas Sarawak
Next: Empat telco meterai janji niaga akses 5G DNB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.