Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit terus meningkat selepas Fed beri petunjuk kekalkan kadar faedah
  • BISNES

Ringgit terus meningkat selepas Fed beri petunjuk kekalkan kadar faedah

Utusan Sarawak 8 hours ago
FOTO Bernama

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum kenaikan untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Rabu selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) memberi petunjuk bahawa mereka tidak tergesa-gesa untuk menurunkan kadar faedah, sebaliknya memilih untuk memantau hala tuju ekonomi, kata penganalisis.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.2350/2450 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2465 pada Selasa.

Ringgit meningkat 5.47 peratus setakat ini pada tahun ini.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kenyataan Pengerusi Fed Jerome Powell kepada Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan Dewan AS menunjukkan penggubal dasar tidak tergesa-gesa untuk menurunkan Kadar Dana Fed.

Sehubungan itu, katanya Indeks Dolar AS (DXY) terus merosot kepada 97.858 mata manakala minyak mentah Brent jatuh kepada AS$67.14 setong.

“Jika sentimen kurang kepada menaikkan kadar faedah, ia boleh menyebabkan hasil bon berkurangan dan hasil yang lebih rendah cenderung menjadikan dolar AS kurang menarik kepada pelabur.

“Ini akan memberi manfaat kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun, termasuk ringgit,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata ringgit ditutup tinggi dengan meningkat 1.19 peratus berbanding dolar AS pada Selasa, ditutup pada RM4.2438.

Afzanizam berkata ringgit berpotensi melepasi paras sokongan segera dan berada pada RM4.23 hingga RM4.24 hari ini.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9211/9282 daripada 2.9256/9296 pada Selasa, meningkat berbanding pound kepada 5.7651/7787 daripada 5.7707/7782 dan naik berbanding euro kepada 4.9173/9289 daripada 4.9225/9289 sebelum ini.

Mata wang tempatan turut diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3083/3164 daripada 3.3130/3178, naik kepada 12.9701/13.0147 daripada 12.9793/13.0021 berbanding baht Thailand, tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 258.9/259.6 daripada 259.3/259.7 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.40/7.43 daripada 7.41/7.44. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ringgit naik semula didorong gencatan senjata Israel-Iran
Next: Bursa meningkat pada sesi pembukaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.