Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit terus mengukuh, menjelang pengumuman KDNK
  • BISNES

Ringgit terus mengukuh, menjelang pengumuman KDNK

Utusan Sarawak 3 hours ago

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Jumaat menjelang pengumuman keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi suku pertama 2025, kata penganalisis.

Pada 8.00 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.2705/2920 berbanding dolar AS daripada 4.2795/2870, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran sememangnya menunggu data pertumbuhan KDNK itu dengan anggaran awal menunjukkan pengembangan sebanyak 4.4 peratus.

Beliau berkata maklumat itu akan menjadi perkara penting dalam mempengaruhi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk melonggarkan dasar monetari selain unjuran baharu untuk KDNK tahun ini.

“Berikutan itu, kami menjangkakan ringgit akan diniagakan secara berhati-hati pada hari ini,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata Indeks Dolar AS (DXY) pula turun sebanyak 0.16 peratus kepada 100.879 mata, manakala Indeks Harga Pengeluar AS (PPI) turun kepada 2.4 peratus tahun ke tahun sepanjang April selepas kekal pada 3.4 peratus selama dua bulan sebelumnya.

Beliau berkata keadaan itu membayangkan inflasi akan terus mereda, sekali gus memberi lebih banyak ruang bagi Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk menurunkan lagi kadar faedah bagi tahun ini, katanya.

“Namun, ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell pada Persidangan Penyelidikan Thomas Laubach di Washington menunjukkan bahawa trend inflasi mungkin menjadi tidak menentu disebabkan oleh kejutan bekalan yang lebih kerap serta berpotensi untuk berlanjutan.

“Ini mungkin bermaksud Fed tidak berminat untuk melonggarkan dasar monetari mereka dalam tempoh terdekat yang akan mempengaruhi ringgit,” katanya.

Sewaktu dibuka, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit bagaimanapun mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6819/7105 daripada 5.6862/6961 semalam namun susut berbanding yen Jepun kepada 2.9338/9490 dari 2.9326/9379 dan rendah berbanding euro kepada 4.7800/8040 daripada 4.7939/8023.

Selain itu, ringgit juga diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.

Berbanding dolar Singapura, ringgit naik kepada 3.2931/3102 daripada 3.2950/3010 semalam dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.66/7.70 daripada 7.67/7.69.

Namun, ringgit hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 258.3/259.7 daripada 258.8/259.4 dan rendah berbanding baht Thailand kepada 12.8630/9367 dari 12.8198/8488.– Bernama

Continue Reading

Previous: Untung bersih 99 Speed Mart bagi suku pertama 2025 naik kepada RM143.18 juta
Next: Bursa Malaysia dibuka meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.