Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit terus mengukuh, dibuka pada 4.11 berbanding dolar AS
  • BISNES

Ringgit terus mengukuh, dibuka pada 4.11 berbanding dolar AS

Utusan Sarawak 6 hours ago

KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan lebih mengukuh pada paras RM4.11 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh peningkatan persepsi terhadap pelonggaran dasar monetari negara maju itu minggu depan.

Pada jam 8.00 pagi ini, ringgit diniagakan pada 4.1100/1200 yang meningkat daripada 4.1200/1235 pada akhir urus niaga semalam. 

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.48 peratus kepada 98.880 mata apabila jangkaan terhadap kemungkinan pengurangan kadar faedah oleh pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) minggu depan semakin ketara.

“Perubahan terkini Pekerjaan ADP yang mengukur penciptaan pekerjaan bagi sektor swasta, susut sebanyak 32,000 pada November yang membuktikan pasaran tenaga kerja di AS lemah dan memerlukan campur tangan aktif oleh Fed menerusi langkah rangsangan monetari,” katanya kepada Bernama.

Pada Rabu, ringgit melonjak ke paras tertinggi baharu dalam tempoh 14 bulan berbanding dolar AS apabila mencecah 4.1200 pada penutupan ketika jangkaan berterusan terhadap kemungkinan Fed menurunkan kadar faedah terus memberi tekanan terhadap mata wang negara maju itu.

Bagi asas tahun ke tahun, nilai ringgit telah meningkat sebanyak 8.5 peratus.

“Pada hari ini misalnya, ringgit dijangka kekal dalam wilayah positif dan bergerak dalam julat 4.11 hingga 4.13,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain pada sesi awal.

Ringgit susut sedikit berbanding yen Jepun kepada 2.6499/6565 daripada 2.6476/6501 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.4852/4986 daripada 5.4697/4744 namun meningkat berbanding euro kepada 4.7947/8064 daripada 4.7982/80.

Namun, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ini termasuk meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1767/1847 daripada 3.1810/1839 pada penutupan Rabu, mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 247.1/247.9 daripada 247.7/248.1, naik berbanding peso Filipina pada 6.97/7.00 daripada 6.99/7.00 dan meningkat berbanding baht Thai kepada 12.8780/9190 daripada 12.9024/9186, sebelum ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka meningkat seiring prestasi Wall Street
Next: Bursa Malaysia dibuka meningkat seiring pemulihan Wall Street

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.