Ringgit tembusi 4.00 sedolar, catat paras tertinggi lebih tujuh tahun

Facebook
WhatsApp
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Ringgit mencecah paras psikologi 3.99 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh seketika pada pukul 2.27 petang hari ini.

Mata wang tempatan mengukuh kepada 3.9992 berbanding dolar AS, paras paling kukuh dalam tempoh lebih tujuh tahun.

Kali terakhir ringgit berada pada paras ini adalah pada 18 Jun, 2018 yang mencecah 3.9960/9990.

Sebelum ini, kalangan ahli ekonomi mengunjurkan ringgit diniagakan dalam julat itu pada separuh pertama 2026, sebelum seterusnya mengukuh ke arah 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua tahun ini, disokong prospek ekonomi Malaysia yang positif.

Mereka berkata kemungkinan itu juga didorong oleh jangkaan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS serta isu lain yang bertumpuan AS dan akan terus melemahkan dolar AS.

-Bernama

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi positif beberapa pasaran serantau. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh jangkaan kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) berikutan