Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
  • BISNES

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Utusan Sarawak 9 hours ago
GAMBAR hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)  hari ini, disokong oleh Indeks Dolar AS (DXY) yang melemah, susut 0.71 peratus kepada 100.376 berikutan penurunan penarafan kredit berdaulat kerajaan AS.

Pada 6.00 petang, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.2870/2945 berbanding dolar AS daripada 4.2900/2980 ketika ditutup pada Jumaat.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penurunan DXY disebabkan oleh langkah-langkah populis oleh pentadbiran Presiden Donald Trump, yang berkemungkinan menjejaskan keupayaan kerajaan AS untuk mengawal jurang belanjawan yang semakin melebar dan hutang yang kian meningkat.

“Walaupun Moody’s Ratings mengekalkan penilaiannya terhadap status istimewa dolar AS sebagai mata wang rizab global, kejutan tarif semasa mungkin menyebabkan peniaga dan pelabur menilai semula proposisi itu.

“Bagaimanapun, ini merupakan isu struktur yang mungkin memerlukan tempoh masa yang lebih panjang,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, beliau berkata dolar AS kelihatan agak tidak menentu walaupun terdapat ketidaktentuan ekonomi yang meningkat, yang lazimnya akan menyebabkan peningkatan nilai dolar AS secara ketara.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding yen Jepun kepada 2.9596/9650 daripada 2.9470/9527 pada Jumaat, lemah berbanding euro kepada 4.8344/8429 daripada 4.8022/8112 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.7420/7521 daripada 5.7018/7125 sebelum ini.

Mata wang tempatan itu diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang serantau ASEAN.

Ringgit mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.69/7.71 daripada 7.71/7.73 pada Jumaat lalu, tetapi merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3135/3195 daripada 3.3041/3105 dan jatuh berbanding baht Thailand kepada 12.9630/9924 daripada 12.9003/9318.

Bagaimanapun, ringgit tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 260.8/261.4 daripada 260.8/261.5.

-Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia ditutup rendah seiring pasaran serantau
Next: Niaga hadapan MSM ditutup tinggi seiring prestasi pasaran soya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.