Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, ketidakpastian global jejaskan sentimen
  • BISNES

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, ketidakpastian global jejaskan sentimen

Utusan Sarawak 2 hours ago
RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS, ketidakpastian global jejaskan sentimen. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan sentimen berhati-hati pasaran terhadap kenaikan harga bahan api, ketegangan geopolitik yang tidak berkesudahan dan ketidakpastian perdagangan global.

Pada 6.00 petang, unit tempatan menyusut kepada 4.0095/0140 berbanding dolar AS daripada paras penutup 3.9955/9990 semalam.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kenaikan harga bahan api dijangka memberi tekanan terhadap inflasi global memandangkan gencatan senjata antara Amerika Syarikat (AS), rejim zionis Israel dan Iran masih sukar dicapai.

“Justeru, para peniaga dan pelabur mengambil pendekatan lebih berhati-hati, dengan harga bahan api dijangka kekal tinggi.

“Selain itu, Amerika Syarikat dijangka terus mengekalkan dasar perlindungan perdagangannya yang menjejaskan lagi sentimen pasaran,” katanya kepada Bernama.

Pada 2 Jun 2026, Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) telah menerbitkan dapatan siasatan di bawah Seksyen 301 mengenai buruh paksa yang melibatkan Malaysia dan mencadangkan tarif 10 peratus ke atas barangan Malaysia setelah tamat tempoh tarif yang dikenakan di bawah Seksyen 122 Akta Perdagangan 1974, pada 24 Julai 2026.

Dalam pada itu, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyatakan bahawa tiada penentuan tarif muktamad dibuat terhadap Malaysia setakat ini, memandangkan tarif 10 peratus yang dicadangkan masih tertakluk kepada proses siasatan dan penentuan secara rasmi oleh USTR.

Ringgit juga diniagakan lebih rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain. Unit tempatan susut berbanding pound British kepada 5.3872/3932 daripada 5.3727/3775 semalam, turun berbanding euro kepada 4.6610/6663 daripada 4.6400/6440, dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 2.5081/5111 daripada 2.5005/5027.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang negara-negara ASEAN.

Unit tempatan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.1241/1279 daripada 3.1164/1193 semalam, menyusut berbanding baht Thailand kepada 12.2708/2903 daripada 12.1825/1988, dan berkurangan berbanding peso Filipina kepada 6.50/6.52 daripada 6.47/6.48.

Bagaimanapun, ringgit ditutup tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 222.1/222.4 daripada 222.3/222.7 semalam. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Airasia X nafi laporan Airasia Filipina digantung, operasi berjalan seperti biasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.